Menakjubkan! Itulah ungkapan paling sesuai ditujukan untuk penyerang yang boleh dipanggil sebagai legenda di kelab Manchester City, Sergio Aguero.

Pemain Argentina yang berusia 30 tahun itu dengan cemerlangnya telah berjaya merekodkan jaringan hatriknya yang ke-11 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (PL) ketika beraksi menundukkan Chelsea dengan jaringan 6-0, sekaligus menyamai rekod dengan penyerang terbilang PL iaitu Alan Shearer.

Dan apa yang lebih menarik mengenai hatrik yang ke-10 dan 11 milik Aguero, ianya berjaya dilakukan hanya mengambil masa seminggu sahaja selepas sebelum ini mengecewakan satu lagi kelab dari London, iaitu Arsenal dengan hatriknya dan Etihad Stadium juga telah menjadi saksi kehebatan beliau itu.

Walaubagaimanapun, sebelum Aguero berjaya meledak hatrik awal pagi tadi, beliau bermula longlai selepas mensia-siakan peluang keemasan menjaringkan gol hasil dari hantaran lintang Bernardo Silva.

Namun beliau dilihat lebih memilih untuk menjaringkan gol cantik hasil percubaan dari luar kotak penalti. Gol keduanya pula “dicipta” oleh pemain Chelsea sendiri selepas Ross Barkley menanduk bola ke dalam kawasan pasukannya sendiri dan sekaligus mudah buat Aguero mengambil kesempatan atas kesilapan itu.

Sergio Aguero; Manchester City

 

Selepas 11 minit separuh masa kedua bermula, Aguero akhirnya berjaya melengkapkan hatrik yang ke-11 beliau dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas Raheem Sterling dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta.

Etihad Stadium sememangnya menjadi lubuk hatrik buat Aguero selepas sembilan dari 11 hatrik miliknya dilakukan stadium keramat pasukan Manchester City itu.

Jaringan demi jaringan diledak olehnya kini telah membawa Manchester City untuk kembali memintas Liverpool sebagai pendahulu liga dalam misi merebut gelaran juara untuk musim ini.

Dengan usia yang dilihat masih mampu beraksi sehingga tiga ke empat musim lagi, Sergio Aguero dijangka pasti akan memecahkan rekod jumlah hatrik dalam liga dan banyak lagi rekod yang mampu dipecahkan dalam tempoh itu sekiranya dia terus kekal konsisten untuk menjaringkan gol.

Artikel Oleh: Dody

Ikuti kami juga di:

Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 126 times, 1 visits today)

Leave a Reply