Pemain tengah Arsenal dan Wales, Aaron Ramsey, sudah bersetuju dengan pra-kontrak yang ditawarkan kelab gergasi Itali, Juventus.

Beliau sudah menandatangani pra-kontrak yang membolehkannya menerima gaji  £400,000 seminggu, menjadikannya sebagai pemain Britain penerima gaji tertinggi sepanjang zaman.

Aaron Ramsey mengikat kontrak bersama Juventus selama empat tahun setengah. Beliau juga bakal menerima sekurangnya £83.2 juta ketika bermain di sana.

Beliau sudah melengkapkan dua bahagian ujian perubatan Juventus pada penghujung Januari, dan akan menyertai kelab tersebut pada Julai akan datang, sekaligus menamatkan hubungan 11 tahunnya bersama Arsenal.

Beliau juga sudah membuat kenyataan dalam akaun rasmi Instagramnya:

Seperti yang anda semua sudah tahu, saya sudah menandatangani pra-kontrak bersama kelab bolasepak Juventus.

Saya mahu menyatakan kenyataan peribadi kepada setiap peminat Arsenal yang sentiasa memberi sokongan dan setia. Anda menerima saya ketika saya masih remaja dan sentiasa bersama saya ketika saat susah dan senang saya hadapi di kelab. Dengan hati yang berat untuk meninggalkan kelab selepas 11 tahun yang menakjubkan di utara London.

Terima kasih.

Ssaya akan terus memberikan 100% kepada pasukan dan berharap dapat menamatkan musim dengan jayanya, sebelum berangkat untuk kisah hidup saya yang baru di Turin

Musim ini, beliau sudah membuat 30 penampilan bersama The Gunners dan sudah menjaringkan tiga gol dalam semua kejohanan.

Aaron Ramsey; Arsenal

 

Beliau merupakan pemain kesayangan peminat Arsenal kerana stamina, sentiasa berada di tempat yang betul untuk menjaringkan gol-gol yang penting, dan mengganggu tempo gerakan pasukan lawan.

Menyertai Arsenal pada tahun 2008 dari Cardiff City, selepas Arsene Wenger berjaya menyakinnya untuk menolak tawaran Sir Alex Ferguson dan Manchester United, beliau berjaya menghadiahkan kelab London tersebut tiga Piala FA pada tahun 2014, 2015, dan 2017, menjaringkan gol kemenangan dalam dua perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Semoga berjaya di Juventus, Aaron Ramsey.

Sudah pasti ramai penyokong Arsenal sangat menghargai setiap kerja keras anda bersama kelab.

“Once a Gunner, always a Gunner!”

Artikel oleh: Aizat Hanafi

Ikuti kami juga di:

Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 53 times, 1 visits today)

Leave a Reply