Bekas pemain tengah Manchester United dan England, Paul Scholes telah mengambil alih jawatan pengurus kelab bolasepak, buat pertama kali dalam kariernya.

Schols, 44 tahun, telah menandatangani kontrak satu tahun setengah dengan kelab yang disokongnya sejak kecil iaitu Oldham Athletic.

Beliau telah diberikan kebenaran oleh Liga Bolasepak Inggeris (EFL) untuk mengambil alih jawatan tersebut, walaupun mempunyai pegangan saham 10% dalam kelab Salford City.

Salford,  yang bermain di Liga Kebangsaan tersebut telah mengesahkan Scholes sudah meletak jawatan sebagai pengarah kelab.

Dalam kenyataan rasmi Salford, “Walaupun Paul tidak pernah beroperasi dalam kelab ini, beliau akan meletak jawatan sebagai Pengarah kelab.

Membenarkannya untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dengan jawatan baru di Oldham,”

“Sejak mula lagi kami sudah menyatakan bahawa setiap ahli ‘Class of 92’ akan menawarkan komitmen yang berbeza bergantung dengan peranan individu mereka,”

Foto: Rachel Joseph (BBC)

 

Salford berkemungkinan akan naik ke Liga Kedua musim ini, dan undang-undang EFL menegah seseorang memegang peranan dalam dua kelab pada satu masa tanpa kebenaran.

Paul Scholes akan membawa bekas jurulatih Latics, Mike Priest, untuk menjadi pembantunya.

Oldham kini berada di kedudukan ke-14 Liga Kedua, sembilan mata kurang dari tempat ke perlawanan play-offs, dan 14 mata di atas zon penyingkiran.

Pengurus akademi kelab, Pete Wild memegang jawatan pengurus sejak mereka memecat Frankie Bunn pada 27 Disember 2018 selepas tewas 0-6 kepada Carlisle United.

Pemain legenda United ini pernah menyatakan pada Oktober 2017, bahawa dirinya pernah ditemuduga untuk jawatan pengurus di Boundary Park sebelum Oldham melantik Richie Wellens.

Beliau kembali mengutarakan keinginan untuk kembali dengan aksi bolasepak, selepas berita mengenai perbincangannya bersama Oldham tersebar pada Januari lepas.

“Tiada rahsia lagi keinginannya untuk jawatan ini, dan bagaimana beliau sangat menyayangi kelab. Jadi saya berasa sangat gembira untuk menjadikannya sebagai ahli keluarga kami di Oldham,” kata pemilik kelab, Abdallah Lemsagam.

“Paul akan mendapat sokongan 100% daripada saya, dan berharap kami dapat bekerjasama untuk membawa kejayaan kepada kelab ini.”

Paul Scholes

Dari kiri: Mike Priest, Abdallah Lemsagam, Paul Scholes.
Foto: oldhamathletic.co.uk

 

Beliau pernah menjadi jurulatih pasukan simpanan Manchester United ketika United masih lagi diuruskan oleh Sir Alex Ferguson sebelum membuat keputusan untuk keluar dari persaraan, menyambung karier bermain pada Januari 2012.

Apabila sudah membuat keputusan untuk bersara kembali pada Mei 2013, beliau mengambil jawatan jurulatih ketika David Moyes menjadi pengurus kelab.

Beliau juga salah seorang jurulatih semasa Ryan Giggs menjadi pengurus sementara United di penghujung musim 2013-14, selepas pemecatan Moyes.

Artikel oleh: Aizat Hanafi

Ikuti kami juga di:

Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 48 times, 1 visits today)

Leave a Reply