“David De Gea berkemampuan untuk menjadi penjaga gol terulung Manchester United,” ujar pengurus sementara kelab, Ole Gunnar Solskjaer.

Pujian pengurus warganegara Norway itu pasti mendapat persetujuan para penyokong Manchester United secara khusus, dan peminat bolasepak secara keseluruhannya, melihatkan aksi hebatnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (LPI) menentang Tottenham Hotspur di Stadium Wembley tengah malam tadi (waktu Malaysia).

Penjaga gol dari Sepanyol yang berumur 28 tahun itu telah menghalang 11 percubaan tepat ke arah gol dari pemain-pemain Spurs dalam perlawanan tersebut, dan selepas wisel penamat, United berjaya mengatasi pasukan dari London itu dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Marcus Rashford pada minit ke-44.

Untuk rekod, sepanjang 11 musim bermain selaku penyerang di United, Solskjaer berkesempatan untuk bermain bersama dua penjaga gol lagenda United iaitu Edwin van der Sar dan Peter Schmeichel.

“Kami ada beberapa orang penjaga gol yang hebat di kelab ini dan saya rasa beliau sekarang sedang mencabar Edwin dan Peter untuk posisi no 1 di dalam sejarah,” ujar Solksjaer lagi.

Menyelamatkan 11 percubaan tepat dalam satu perlawanan adalah tertinggi buat De Gea musim ini, di samping mengekalkan rekod tidak bolos dan turut membantu United untuk mencatatkan kemenangan keenam berturut-turut di bawah kendalian Solskjaer.

David De Gea; Manchester United

Aksi tangkas dan kecekapan David De Gea menyelamatkan gawangnya dari dibolosi.

 

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menyertai United dari Atletico Madrid pada tahun 2011 dan telah memenangi anugerah pemain terbaik tahunan kelab, sebanyak empat kali dalam masa lima tahun beliau di Old Trafford.

 

Lima Pemenang Terakhir Pemain Terbaik Tahunan Manchester United:

2013/14: David De Gea
2014/15: David De Gea
2015/16: David De Gea
2016/17: Ander Herrera
2017/18: David De Gea

 

David De Gea; Manchester United

 

“Beliau sepatutnya dapat dapat menangkap beberapa percubaan. Barisan pertahanan kami bermain baik serta ditambah dengan kecekapan David mengawal gawang dari dibocori,” kata Solskjaer sewaktu ditemuramah selepas perlawanan awal pagi tadi.

Menurut Solskjaer, beliau telah bermain dengan beberapa orang penjaga gol yang fantastik. Di United, ia adalah satu tradisi dan potensi David telah melalui perkembangan yang positif. Solskjaer bersetuju bahawa David selayaknya mendapat anugerah pemain terbaik perlawanan itu.

Lima kemenangan dalam liga di bawah kendalian Solskjaer bermakna Manchester United, kini berada di posisi keenam liga, mempunyai mata yang sama dengan penghuni tangga ke-5, iaitu Arsenal dan ketinggalan 6 mata dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

De Dea juga dengan yakin merasakan bahawa pasukannya masih berpeluang untuk berada dalam kalangan 4 teratas liga. “Kami adalah United, kami ada pemain yang bagus dan sekarang kami sedang berjuang untuk menamatkan liga di kalangan 4 pasukan teratas” kata De Gea.

“Ia adalah satu kemenangan yang penting, ditambah dengan kemenangan di Wembley. Saya secara peribadi amat berpuashati dengan prestasi saya dan pasukan juga bermain dengan baik, mencipta banyak peluang dan bermain berorientasikan serangan,” ujar De Gea lagi.

MengakhirI perbualan, De Gea amat gembira dengan tiga perlawanan tanpa bolos.

Menurut beliau, ini menjadi motivasi untuk bermain dengan baik. Ini dibuktikan dengan cara permainan United sekarang, bermain dengan penuh iltizam mengikut falsafah bola sepak Manchester United.

 

Artikel oleh: Mazri Afandi

Ikuti kami juga di:

Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 63 times, 1 visits today)

Leave a Reply