Pengurus Bournemouth, Eddie Howe menegaskan bahawa penyerang utamanya, Callum Wilson telah menafikan segala spekulasi mengenai perpindahan beliau ke Chelsea ,atau mana-mana kelab lain.

Dan bertegas untuk menumpukan kariernya buat Bournemouth.

Khabar angin bertiup kencang dalam beberapa hari ini mengenai Wilson bakal meninggalkan Vitallity Stadium untuk menyertai Chelsea.

Selain itu, West Ham United juga dilaporkan berminat untuk menandatangani penyerang England tersebut, namun khabar angin itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Eddie Howe dan beranggapan bahawa Wilson tidak akan dijual walau dengan tawaran lumayan sekalipun.

Eddie Howe juga menambah bahawa, berita khabar angin tersebut tidak sedikit pun menjejaskan fokus Wilson terhadap persediaan pasukan Bournemouth.

Wilson sudah sering dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan lain apabila beliau mula menjaringkan gol demi gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (LPI) musim ini.

 

Bournemouth

Callum Wilson (kiri) sudah menjaringkan sembilan gol dalam 20 perlawanan liga setakat ini

 

“Beliau sudah terbiasa dengan berita-berita seperti itu, beliau sering terbaca di dada akhbar mengenai gosip perpindahan dirinya, namun beliau sedikitpun tidak terjejas dan berusaha sebaik mungkin untuk membuat yang terbaik untuk pasukannya,” tambah Eddie Howe lagi.

“Normal dalam bola sepak moden, pemain yang bagus dan sedang meningkat naik sering dipandang atau diintai oleh pasukan lain, tetapi apa yang bagusnya tentang Wilson, beliau tidak terlalu memikirkannya dan hanya fokus pada membantu pasukan sahaja.”

“Dan beliau beranggapan bahawa segala khabar angin perpindahan sebagai pujian bagi beliau untuk meningkatkan lagi mutu permainan beliau,” ujar Eddie Howe lagi.

Penyerang England yang berusia 26 tahun ini telah berjaya membuka mata banyak pihak ketika ini. Terutamanya bagi Chelsea yang sedang dalam masalah ketumpulan bahagian serangan.

Terkini, West Ham dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau setelah penyerang mereka Marco Arnautovic dilaporkan bakal bermain di China.

Karier antarabangsa Wilson juga kelihatan cerah apabila, menjaringkan gol pertama untuk England, dalam debutnya, ketika menentang Amerika Syarikat dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada November tahun lepas.

Diharapkan Wilson terus kental dan kekal di Bournemouth dan membina empayar gah bersama Eddie Howe, dan tidak ke kelab besar untuk hanya menjadi pemain picisan sahaja.

 

Artikel Oleh : A. Mashud

Ikuti kami juga di:

Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 139 times, 1 visits today)

Leave a Reply