Brighton & Hove Albion bakal melayan kunjungan Liverpool di Amex Stadium bagi melebarkan rekod 5 perlawanan tanpa tewas buat mereka pada ketika ini.

Sementara itu bagi Liverpool mereka perlu melupakan dua kekalahan berturut-turut mereka dalam minggu yang sama dengan menewaskan lawan mereka ini pada Sabtu ini.

Pada awalnya, Brighton dilihat seperti gagal mengulangi pencapaian gemilang mereka pada musim lalu walaupun dengan banyak pembelian baru musim ini.

Namun, sejajar dengan perjalanan Liga Perdana Inggeris (LPI) berlangsung, mereka menjadi pasukan yang baik yang mungkin bukan sahaja mampu mengelak daripada tersingkir ke Liga Kejuaaran, malah mereka mungkin mampu mengakhiri musim ini dalam kalangan 10 pasukan teratas liga.

Dalam beberapa perlawanan terakhir ini, mereka tidak kalah malah mampu mengikat pasukan seperti Arsenal dan menang menentang Everton merupakan keputusan yang baik buat pasukan Chris Hughton tersebut.

Malah mereka masih lagi kekal dalam persaingan Piala FA Inggeris setelah membelasah Bournemouth 3-1 pada hujung minggu lalu.

Bagi perkembangan pasukan pula, Brighton terpaksa melupakan khidmat pertahanan muda mereka iaitu, Bernardo dan juga Jose Izquierdo yang masih dalam pemulihan akibat kecederaan lutut yang dialaminya.

Sementara dua pemain lagi, Mathew Ryan dan Alireza Jahanbakhsh tidak dapat diturunkan akibat tugas antarabangsa bersama negara masing-masing iaitu Australia dan Iran dalam kejohanan Piala Asia 2019.

Bagi peneraju liga ketika ini, Liverpool pula sepertinya masih meratapi kesedihan akibat terkuburnya rekod 20 perlawanan liga tanpa kalah, dengan sekali lagi tewas kepada Wolves dalam saingan Piala FA, selepas tumbang kepada Manchester City Jumaat yang lalu.

Wolverhampton Wanderers

Ruben Neves membantu Wolves singkirkan Liverpool dari saingan Piala FA.

Namun, kekalahan tersebut sudah berlalu dan yang paling penting ketika ini, mampukah Liverpool bangkit meneruskan kemenangan dalam saingan LPI sekaligus menamatkan badi 28 tahun kemarau kejuaraan liga.

Mampukah mereka melakukannya?

Selepas cemerlang menamatkan tahun 2018 dengan membelasah Arsenal 5-1 dan berkelebihan 7 mata disamping pencabar terdekat Manchester City ketika itu, kekalahan kepada Manchester City membuatkan Liverpool sekali lagi dilihat agak goyah.

Ditambah lagi dengan krisis kecederaan yang dialami dalam kalangan pemain pertahanan Liverpool ketika ini, menambahkan lagi resah buat pengendali mereka iaitu Jurgen Klopp.

Namun, berita yang baik daripada kem Liverpool adalah, satu-satunya pertahanan tengah senior yang cergas dan kental iaitu Virgil Van Dijk cergas sepenuhnya dan mungkin digandingkan sementara dengan pemain antarabangsa Brazil, Fabinho, yang telah beraksi penuh 90 minit di posisi pertahanan tengah ketika Liverpool tewas kepada Wolves tempoh hari.

Liverpool

Fabinho mungkin akan bermain di posisi pertahanan tengah hujung minggu ini.

Sementara itu, Joel Matip dan Dejan Lovren bakal kembali berlatih selepas minggu ini, dan pemain muda Inggeris, Joe Gomez pada minggu berikutnya. Seterusnya mengurangkan tekanan Liverpool apabila kesemua pertahanan mereka kembali pulih menjelang minggu hadapan.

Untuk rekod, pertembungan antara Brighton dan Liverpool pada sabtu ini merupakan pertembungan ke-29 antara mereka, dimana Liverpool telah berjaya memenangi 16 daripada pertembungan tersebut sementara Brighton dengan empat kemenangan selebihnya adalah keputusan seri.

Akan tetapi, majoriti perlawanan terbabit adalah pada tahun 1958 sehingga 1991, hanya lima perlawanan yang berlangsung selepas era millennium ini. Dimana Liverpool menang kesemua lima perlawanan terbabit dengan jumlah 16 gol.

Peluang kedua pasukan agak sama rata ketika ini, dan Brighton sudah tentu akan mengambil peluang atas kesedihan Liverpool dan juga krisis pertahanan yang mereka hadapi ketika ini.

Sementara bagi anak buah Jurgen Klopp, tentunya mereka mahu bangkit semula selepas kekalahan berturut-turut yang mereka alami minggu lalu.

Jadi bagaimanakah kesudahan pertembungan ini? Adakah the Reds bakal terus berduka? Sama-sama kita saksikan.

Artikel Oleh : A. Mashud

Ikuti kami juga di:

Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 303 times, 1 visits today)

Leave a Reply