Selepas minggu yang menggembirakan buat peminat Liverpool, meraikan kemenangan menentang Manchester United, hadirlah Wolverhampton untuk merabakkan rekod cemerlang Liverpool.

Liverpool akan menentang Wolverhampton Wanderers di stadium Molineux

Apa yang istimewanya pasukan Wolves kendalian Nuno Espirito Santos ini?

Wolverhampton Wanderers

Pengurus Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito Santo

Pertama, sepanjang tempoh kendalian beliau, Wolves belum pernah kalah lagi dalam saingan liga pada bulan Disember. Musim lalu, mereka menang 4 daripada jumlah perlawanan mereka pada bulan Disember, tetapi harus diingat, ianya perlawanan di Liga Kejuaraan (Championship).

Kedua, pasukan Wolves sudah membuktikan bahawa mereka bukanlah pasukan yang boleh dipandang remeh, jauh sekali pasukab belasahan, walaupun baru kembali semula ke pentas Liga Perdana Inggeris.

Mereka telah menentang beberapa pasukan handalan liga dan berjaya mengutip mata daripada mereka. Keputusan seri menentang Manchester United, Manchester City, Arsenal dan yang paling manis adalah mereka berjaya menewaskan Chelsea sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah Chelsea musim ini.

Dan yang terakhir, buat pertama kalinya dalam sejarah kelab, mereka berjaya memenangi tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan PL. Sesuatu yang begitu sukar diperolehi oleh pendatang baru PL sebelum ini.

Menurut penjaring terbanyak mereka ketika ini, Raul Jimenez, perlawanan menentang Liverpool adalah sesuatu yang menarik untuk beliau hadapi.

Pemain penyerang antarabangsa Mexico ini sedar bahawa Liverpool adalah pasukan terbaik buat masa ini dalam saingan PL, digagahi dengan rekod tanpa kalah dalam saingan liga setakat ini.

Namun bagi beliau Wolves mampu memberikan saingan sengit kepada Liverpool dan menyatakan bahawa mengalahkan Liverpool adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Raul Jimenez merupakan penjaring gol pembukaan ketika pasukannya menewaskan Bournemouth 2-0 tempoh hari.

Untuk rekod Raul Jimenez merupakan penjaring terbanyak kelab ketika ini dengan lima gol. Dia juga telah berjaya membuat 5 bantuan gol setakat ini.

Mampukah Wolves mencalarkan rekod cemerlang Liverpool dalam saingan PL ketika ini, tanpa kalah selepas 17 perlawanan, dan mampukah Raul Jimenez mengotakan kata-kata beliau untuk menewaskan Liverpool?

Kita tunggu…

Raul Jimenez meraikan golnya menentang Bournemouth.

 

Artikel Oleh : A. Mashud

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 1,814 times, 1 visits today)

Leave a Reply