Antara perlawanan yang mencuri tumpuan minggu ini selain Manchester Derby adalah perlawanan melibatkan pasukan Chelsea yang melayan kunjungan Everton di kubu kuatnya, Stamford Bridge.

Pasukan dari tengah London ketika ini dalam misi mengejar pendahulu liga Manchester City, ketinggalan 2 mata di tempat kedua amat mengharapkan agar Manchester United berjaya menewaskan City di Stadium Etihad.

Skuad kendalian Maurizio Sarri ketika ini berada dalam prestasi terbaik selepas mencatat 4 kemenangan dari 5 perlawanan terakhir mereka dengan kemenangan terakhir dicatat ke atas Crystal Palace dengan keputusan 3-1 malah empat keputusan terakhir mereka mencatat jaringan minima 3 gol. Perkara ini harus dibimbangi oleh Everton kerana melalui statistik tersebut, Chelsea adalah pasukan kedua yang mencatat gol terbanyak setakat 11 perlawanan liga dibelakang Manchester City.

Ketika laporan ini ditulis, Chelsea telah berada di Belarus bagi perlawanan kumpulan UEFA Europa League awal pagi nanti. Ayam tambatannya Eden Hazard, dijangka dapat diturunkan semula setelah cergas dari kecederaan belakang. Pemain antarabangsa Belgium itu cuma bermain 26 minit dalam 4 perlawanan terakhir Chelsea setelah mendapat kecederaan belakang ketika bertemu Manchester United bulan lalu. Mengikut laporan doktor perubatan, Hazard tiada risiko untuk bermain malam ini.

Sementara itu di kem Everton, mereka ke Stamford Bridge dengan harapan mengutip 3 mata dan memperbaiki kedudukan mereka di dalam liga. Ketika ini Everton berada di tangga ke-9 dengan 18 mata. 2 mata dihadapan Leicester City dan 1 mata di belakang Watford. Perlawanan liga terakhir mereka berjaya menundukkan Brighton and Hove Albion dengan jaringan selesa 3-1 di laman sendiri. Dalam 5 perlawanan terakhir Everton sekadar mencatat keputusan L-W-W-L-W.

Tiada laporan kecederaan ke atas pemain-pemain utama pasukan dan mereka dijangka menurunkan Richarlison sebagai taruhan setelah pemain itu meledak 6 gol dalam 9 penampilan setakat ini diikuti oleh Sigurdsson dengan 5 gol. Everton juga harus memperkemaskan jentera pertahanan mereka memandangkan mereka telah dibolosi 15 kali setakat ini.

Mari kita imbas 5 pertemuan terakhir mereka sebelum ini. The Blues menang 4 pertemuan dan 1 seri.

Everton 0-0 Chelsea 23 Dis 2017
Chelsea 2-1 Everton 26 Okt 2017
Chelsea 2-0 Everton 27 Ogos 2017
Everton 0-3 Chelsea 30 April 2017
Chelsea 5-0 Everton 6 Nov 2016

Saya menjangkakan pasukan dari London ini akan menang mudah ke atas Everton dengan jaringan 3-0 bagi mengejar pendahulu liga Manchester City dan menjauhkan diri dari pasukan tangga ketiga, Liverpool.

Artikel Oleh : Fie Hussen

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 30 times, 1 visits today)

Leave a Reply