Kelab gergasi Itali, Inter Milan berminat untuk mendapatkan pemain penyerang Perancis, Anthony Martial pada musim hadapan.

Kontrak pemain Manchester United ini akan tamat pada tahun 2019, dan United mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak pemain itu selama setahun lagi.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain penting untuk Jose Mourinho untuk beberapa perlawanan yang lalu, menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan terakhirnya.

Martial enggan menandatangani kontrak baru bersama Manchester United setakat ini kerana kecewa sering diketepikan dan kurang masa bermain dalam sebahagian besar kariernya di Old Trafford.

United sudah beberapa kali menawarkan kontrak baru kepadanya, termasuk perjanjian bayaran gaji £160,000 seminggu, tetapi ditolak oleh Martial.

Menurut The Mirror, Inter Milan bersedia untuk menyambar pemain ini, selepas nilai pemain ini meningkat naik selepas menjaringkan beberapa gol penting untuk Manchester United dalam beberapa perlawanan yang lalu.

Prestasi permainannya yang baik telah menarik minat banyak pihak di seluruh Eropah, dan dia akan sentiasa mendapat tawaran jikalau dia memilih untuk menamatkan kariernya di Manchester.

Manchester United akan bekerja keras untuk mengekalkan Martial di Old Trafford selepas kebangkitannya sebagai salah seorang pemain serangan yang bagus untuk kelab.

Artikel oleh: Aizat Hanafi

Baca Juga: Kami Menyorok Jika Kalah – Matic

Ikuti kami juga di:

Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram: @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 20 times, 1 visits today)

Leave a Reply