Penyerang Bournemouth Callum Eddie Graham Wilson dikhabarkan telah menarik minat dan menjadi sasaran sebagai pemain baru Chelsea.

Wilson sudah menjaringkan tujuh gol dan membuat empat bantuan gol setakat ini untuk Bournemouth, membantu kelabnya menduduki tangga keenam liga selepas 11 perlawanan.

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mahu menambah pilihan pemain serangan, dan mungkin berminat menggunakan khidmat Wilson.

Daily Mirror melaporkan pencari bakat Chelsea kerap hadir ke perlawanan Bournemouth untuk meninjau perkembangan pemain berusia 26 tahun ini.

Dia juga mungkin akan mendapat panggilan antarabangsa England yang pertama untuk perlawanan antarabangsa bulan ini menentang Amerika Syarikat dan Croatia.

Steve Holland, pembantu pengurus England, hadir dan melihat permainan penyerang itu ketika menentang Manchester United di tempat sendiri hujung minggu lepas. Callum menjaringkan gol tunggal Bournemouth dalam perlawanan tersebut.

Callum Wilson tiba di Bournemouth dari Coventry City pada tahun 2014 dengan bayaran yuran perpindahan sebanyak £3.7 juta.

Artikel oleh: Aizat Hanafi

Baca Juga: Bournemouth Mahu Malukan Man Utd!

Ikuti kami juga di:

Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram: @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 67 times, 1 visits today)

Leave a Reply