Walaupun telah menyerlah bersama Borussia Dortmund, Jadon Sancho tetap terkejut kerana terpilih mewakili skuad kebangsaan England.

Pemain sayap remaja Jadon Sancho berasa teruja dengan panggilan skuad England selepas persembahan yang memukau bersama Borrusia Dortmund awal musim ini.

Sancho, 18, telah membintangi Dortmund, menjaringkan satu gol dan membantu 8 gol dalam 10 penampilan – hanya 3 daripadanya sebagai kesebelasan utama – pada musim ini.

Bekas pemain akademi Watford dan Man City itu telah diberi kepercayaan dengan jaminan tempat bersama skuad Gareth Southgate tetapi mengatakan ianya hadir sebagai satu kejutan walaupun berada dalam prestasi terbaik.

“Saya berada di sesi latihan apabila menerima panggilan pertama itu dan terus menghubungi ibu bapa saya.” Beritahu Sancho kepada wartawan.

“Jelas mereka sangat berbangga dengan saya, dan saya tidak berhenti untuk terus tersenyum sepanjang hari.

“Untuk berlaku adil saya cukup terkejut kerana jelas saya masih muda, saya punyai banyak perkara untuk dipelajari. Saya rasa bersyukur beliau [Southgate] nampak perkembangan saya di Bundesliga dan sangat berterima kasih.

Sancho bakal tampil untuk debut antarabangsa apabila England akan berhadapan Croatia dalam saingan Nations League pada Jumaat, atau 3 hari kemudian menentang Sepanyol.

“Ianya sangat bermakna untuk saya, terutama sekali keluarga saya,” Ulas beliau.

“Ketika saya masih kecil, saya sentiasa mengimpikan bermain untuk pasukan negara saya. Ianya adalah perkara terbesar yang akan berlaku dalam hidup seorang anak muda seperti saya.

“Ianya bagaikan mimpi menjadi nyata [untuk melakukan debut menentang Croatia]. Saya tidak akan meminta perkara yang lebih baik dari itu.

“Jelas saya hanya perlu bekerja lebih keras di dalam latihan dan lihat apa yang pengurus akan lakukan.”

Artikel Oleh : Hakim Zainal

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 63 times, 1 visits today)

Leave a Reply