Pengurus Everton, Marco Silva bersama-sama kapten kelabnya, Phil Jagielka dan Ketua Pegawai Eksekutif, Profesor Denise Barrett-Baxendale mengikuti dan melengkapkan sesi latihan kesedaran kesihatan mental, sebahagian dari usaha kelab untuk mempromosi kesihatan mental yang positif.

Sesi latihan “Ambassadors of Hope (Duta Harapan), disampaikan oleh pengasas badan kebajikan kesihatan mental kebangsaan, Jake Mills, yang berpusat di Liverpool

Sesi tersebut memberikan kefahaman kesihatan mental dan bagaimana cara terbaik untuk mengesan tanda-tanda bahawa seseorang itu sedang menderita, juga memberi mereka bimbingan tetang cara memberi penanda yang berkesan kepada individu untuk menyokong peruntukan menggunakan sumber dalam talian, The Hub of Hope, dan nasihat mengenai menangani situasi krisis.

Kelab Bola Sepak Everton dan badan amal rasminya, Everton in the Community, mempunyai komitmen berterusan untuk menangani stigma di sekitar kesihatan mental, dan baru-baru ini sudah melancarkan kempen kesihatan mental yang baru untuk mengumpul dana lebih kurang satu juta pound untuk membina kemudahan tetap pelbagai guna – yang dipanggil ‘The People’s Place’.

“Projek The People’s Place adalah sangat penting buat kami (kelab) dan masyarakat. Kami bukan sahaja sebuah kelab, kami ialah sebuah keluarga. Kami mahu membantu para penyokong kami dan masyarakat, melakukan semampu mungkin untuk membantu mereka,” kata Silva

Jagielka terkejut apabila mengetahui ramai yang memerlukan bantuan, tetapi tidak mendapat bantuan yang diperlukan.

“Statistik menunjukkan ramai yang memerlukan bantuan di luar sana, tetapi saya sangat bersimpati kerana mereka tidak mendapat bantuan secepat mungkin. Ianya satu amaran, dan membuka mata kami semua. Jake hadir ke sini, berkongsi pengalamannya dan memberi tunjuk ajar kepada kami menerusi protocol – apa dan bagaimana untuk menghulurkan bantuan – memastikan kami lebih bersedia untuk membantu seseorang yang memerlukan,”

“Mereka berada di luar sana, dan anda harus memastikan untuk bertanya soalan yang betul,” tegas Jagielka

Sumber: ESPN

Artikel Oleh : Aizat

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply