Burnley mengumumkan bahawa pemain pertahanan Republik Ireland, Kevin Long sudah menandatangani kontrak baru bersama kelab yang akan mengekalkannya di Stadium Turf Moor sehingga musim panas tahun 2021.

Pemain kebangsaan Republik Ireland yang kini berusia 28 tahun ini sudah bersama The Clarets sejak tahun 2010, menyertai dari kelab Republik Ireland iaitu Cork City.

“Perbincangan sudah bermula dan berterusan sejak hujung musim lepas. Saya kembali pada musim panas, bersedia untuk bersaing kembali. Saya masih seronok untuk berada di sini, dan gembira mengetahui saya akan kekal untuk tiga tahun lagi,” kata dalam laman web rasmi Burnley.

“Saya meningkatkan kebolehan dan kekuataan saya secara berperingkat sejak saya menyertai kelab ini. Saya rasa akan terus melakukan peningkatan dalam permainan saya, selagi kami memastikan prestasi permainan yang positif di atas padang,” tambahnya lagi.

Long sudah membuat lima penampilan dalam semua kejohanan setakat ini untuk Burnley untuk musim 2018/2019.

Artikel Oleh : Aizat

Sumber: dailymail

Baca Juga: Main Di Stadium Kosong, Bakal Jadi Pengalaman Gila England!

Ikuti kami juga di:

Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 17 times, 1 visits today)

Leave a Reply