Aaron Ramsey akan tetap fokus walaupun terbabit dengan spekulasi berkaitan perpindahannya keluar dari Arsenal, menurut pengurus skuad Wales, Ryan Giggs. Ramsey akan menjadi ejen bebas pada penghujung musim 2018-19 dan Arsenal tidak kelihatan seperti ingin memperbaharui kontraknya.

Beberapa kelab terkemuka Eropah sedang mengintai situasi menarik ini dengan Ramsey dijangka menjadi pembelian yang bernilai untuk kelab-kelab tersebut. Ramsey tampil dalam kesemua lapan perlawanan di Premier League untuk Arsenal musim ini dan dia juga menjaringkan gol yang hebat ketika menang 5-1 menentang Fulham pada perlawanan yang lepas.

Malah Giggs yakin pemain berusia 27 tahun itu akan fokus pada matlamat utama dan tidak terkesan dengan langkah seterusnya yang akan di lakukan nanti, ini berikutan Wales akan bertemu Sepanyol pada perlawanan persahabatan nanti.

“Saya tidak mahu masuk campur. Tidak. Ia tidak mengacau,” balas Giggs bila di tanya tentang situasi kontrak Ramsey sama ada ianya menjadi satu beban dalam pemikiran pemainnya itu.

“Ianya tidak dalam kempen yang lepas dan tidak dalam kempen ini. Aaron seronok berjumpa dengan rakan-rakanya [skuad Wales] dan tentang perbincangan kontrak, saya memang tidak mahu masuk campur urusan itu.”

“Bila dia disini dia adalah pemain saya dan seperti biasa dia memang seronok bermain untuk negaranya, dan bagus kehadiran dia di bilik persalinan dan di kem secara umumnya. Pada Pendapatan saya dia memang tidak terkesan dengan situasi kontrak itu.”

Perlawanan menentang Sepanyol adalah pemanas badan sebelum perjalanan pada hari selasa nanti ke Ireland, dan selepas pengurus Liverpool Jurgen Klopp melabelkan kejohanan Nation League sebagai satu kejohanan yang tidak masuk akal, Giggs tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan mempertahankan kejohanan antarabangsa yang dianjurkan oleh UEFA.

“Bila anda terlibat dengan perlawanan besar di liga dan perlawanan Liga Juara-Juara, dan ianya hadir secara mendadak memang akan ada gangguan dengan kalendar antarabangsa, jadi anda boleh faham kenapa pengurus kelab berasa kecewa.”

“Bagi pihak kami, saya sudah menyatakan sebelum ini, saya rasa ini satu pertandingan baru yang menarik. Memberi kami peluang atau peluang yang lain untuk layak ke kejohanan yang terkemuka [Euro 2020]. Malah kumpulan-kumpulan yang diperkenalkan juga cukup kompetitif.” Tambah Giggs lagi.

Baca juga: Jadon Sancho Terkejut Dapat Panggilan Pertama Untuk England!

Artikel oleh: S.A

Sumber: msn.com
Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 25 times, 1 visits today)

Leave a Reply