Pemain tengah England, Ross Barkley tidak meragui pasukannya boleh bersaing dengan bintang gandingan Croatia Luka Modric dan Ivan Rakitic.

Anak buah Gareth Southgate akan berhadapan Croatia dalam kejohanan Nations League di Rijeka pada Sabtu, dalam pertembungan semula mereka selepas separuh akhir Piala Dunia.

Ianya memperlihatkan sekali lagi England akan berhadapan Modric, [FIFA Best Men Player], dan rakan sepasukan Rakitic, yang merupakan antara 2 pemain terbaik dunia ketika ini.

Tetapi Barkley, yang baru sahaja kembali bersama skuad England, mengatakan anak buah Southgate mampu menyamai bintang duo Croatia itu.

“Ianya cabaran yang cukup besar tetapi seperti pemain lain yang akan kamu tentang, kamu harus menghormati semua pemain dengan sama rata. Tetapi ianya tetap mencabar. Tambah beliau.

“Anda telah lihat di Piala Dunia betapa hebatnya beliau [Modric] dan juga Rakitic, beliau bermain bersama pasukan yang bagus seperti Barcelona.

“Tetapi kami memiliki pemain yang mampu bersaing dengan pasukan yang lebih besar, kami memiliki identiti kami tersendiri.

“Kami pergi ke Piala Dunia dan berjaya ke separuh akhir dan kami menuju ke arah yang betul.”

England dan Croatia memulakan kempen Nations League dengan kekalahan kepada Sepanyol. Kedua-dua pasukan akan bertemu Sabtu ini, 13 Oktober, jam 2:45 pagi di Stadion Rujevica.

Artikel Oleh : Hakim Zainal

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply