Pemain penyerang berbadan sasa Crystal Palace, Christian Benteke sedang menjalani pembedahan kecil di lututnya.

Pemain berusia 27 tahun ini sudah diketepikan oleh Crystal Palace semenjak awal September, dan tidak berada dalam senarai skuad Belgium dalam tempoh perlawanan antarabangsa yang lepas.

“Kami mengesahkan Christian Benteke menjalani pembedahan kecil ‘arthroscopic explorative’ di lututnya. Dan dia masih belum selesai dengan pengurusan konservatif,” kenyataan rasmi Crystal Palace.

“Pakar bedah gembira dengan hasilnya, dan kami harap Christian akan kembali ke sesi latihan secepat mungkin. Kami akan terus memberikan perkembangan dalam masa beberapa minggu lagi,”

Benteke sudah membuat empat penampilan liga bersama Crystal Palace musim ini, tetapi masih gagal menjaringkan sebarang gol.

Skuad bimbingan Roy Hodgson, yang sudah tidak menang dalam tiga perlawanan terakhir liga dan menduduki tangga ke 14 liga. Mereka akan bertemu Everton pada 21 Oktober 2018.

Sumber: dailymail

Artikel Oleh : Aizat

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 21 times, 1 visits today)

Leave a Reply