Bekas pemain tengah Manchester United, Michael Carrick mungkin bermain untuk Arsenal jika Fabregas tidak secara tiba-tiba menunjukkan prestasi yang mengagumkan.

Carrick, bekas pemain tengah yang kini menyandang jawatan sebagai pembantu jurulatih di Old Trafford menghabiskan masa selama 12 tahun untuk kelab itu. Namun, nasib kariernya mungkin berbeza jika dia berhijrah ke Arsenal.

Semasa di West Ham, Carrick terpaksa melepaskannya kerana kelab perlu menambah dana akibat tersingkir ke Liga Championship.

Oleh kerana banyak kelab menunjukkan minat untuk mendapatkannya, Carrick telah bertemu Harry Redknapp dengan kemungkinan akan menyertai Portsmouth. Kemudian satu pertemuan berlaku antara beliau, ejennya dan Arsene Wenger berkenaan perancangan untuk membawanya ke Utara London.

Di dalam biografinya beliau menulis, “Kemudian, ketika dalam perjalanan pulang, kami mendapat satu panggilan. Ianya dari Arsenal, meminta kami berjumpa dengan Arsene. Oleh kerana kami masih memandu dan kebetulan berada di laluan rumah beliau di Utara London, kami terus membuat panggilan ketika itu juga. Dalam masa sejam, saya sudah berdiri di hadapan rumah Arsene, berkata pada diri sendiri. Adakah ini bukan mimpi? Benarkah saya hampir menyertai pasukan hebat yang baru menghabiskan musim tanpa sebarang kekalahan?

“Kami berbual selama hampir sejam tentang bolasepak. Wenger mempunyai perlawanan Community Shield pada hujung minggu tersebut namun meluangkan masa sejam untuk saya. Sudah pasti beliau berminat untuk mengambil saya”

“Ketepikan Cardiff dan jumpa saya pada hari Isnin” kata Wenger kepada saya ketika kami mahu pulang.

“Segalanya berlaku dengan pantas. Malam itu, saya duduk di hujung katil dan bercakap dengan Lisa tentang segalanya yang bermain di fikiran. Kepala saya berpusing. Banyak yang saya fikirkan ketika itu”

Walau bagaimanapun, prestasi Cesc Fabregas, yang muncul sebagai pengganti Patrick Vieira di Highbury, membuka mata peminat dan pengurusan tentang keupayaannya semasa Piala Community Shield, serta mengecualikan kemungkinan Carrick berpindah ke kelab itu.

“Pada hari Ahad, saya berehat di rumah saya di Theydon Bois, Epping untuk menyaksikan Arsenal, bakal pasukan saya, dalam perlawanan Community Shield menentang Manchester United” tambahnya.

“Saya melihat budak itu, Cesc Fabregas, hanya berumur 17 tahun, bermula di posisi Viera. Fabregas bermain dengan hebat namun saya tidak berfikir banyak tentangnya. Saya duduk di rumah malam itu menunggu panggilan untuk merancang perkara berkaitan hari esok. Arsenal! Saya tak sabar!”

“Tapi saya menunggu, dan menunggu namun panggilan itu tidak tiba. Keesokan harinya, saya perlu menjalani latihan di West Ham dan dalam perjalanan, David (Gold) menelefon saya kerana dia telah mendapat panggilan dari David (Dein). David memberitahu saya pesanan itu iaitu “Maaf, kami tak perlukan Michael. Kami sudah ada Fabregas. Maaf, tawaran sudah ditutup”.

“Hati saya hancur kerana sebelum itu hati saya sudah berada disana, bermain dengan semua bakat yang hebat. Saya hilang akal. Arsenal permainkan saya dan saya tak tahu apa patut saya lakukan ketika itu”

Dan seperti yang kita tahu, Carrick menyertai Tottenham selama dua tahun antara 2004 – 2006 sebelum berpindah ke Old Trafford.

Carrick menceritakan “Tiba-tiba Pengarah Sukan Spurs, Frank Arnesen menelefon –
Kami sedang mencari bakat muda British yang bagus dan kami mahukan anda, Michael!”

“Saya tahu Paul Robinson dan Sean Davis juga bermain di sana. Spurs sedang bangkit dan ianya masa yang tepat. Musuh setempat Arsenal mahukan saya!”

“Saya melihat cara permainan Spurs dan berfikir – ini memang sesuai dengan saya. Saya menelefon Lisa kemudian emak dan ayah saya yang kebetulan bercuti dengan ibubapa Lisa “Kita akan ke Tottenham!”

Artikel Oleh : N.by

Baca juga: England Boleh Samai Modric Dan Rakitic: Barkley

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 299 times, 2 visits today)

Leave a Reply