Pemain pertahanan bek kiri Chelsea, Marcos Alonso mendedahkan dia sedang dalam sesi perbincangan dengan Chelsea untuk melanjutkan kontraknya, dan mungkin akan menandatanganinya dalam minggu ini.

Dia ternyata gembira untuk berada di Stadium Stamford Bridge, malah menyatakan bahawa corak permainan pengurus baru Chelsea, Maurizio Sarri lebih kurang sama seperti pengurus pasukan antarabangsa Sepanyol iaitu Luis Enrique.

“Saya boleh katakan yang saya gembira dan tenang di Chelsea, dan kelab ini juga seharusnya berasa sama seperti saya. Mereka menawarkan saya kontrak baru, walaupun saya masih ada baki dua tahun lagi dengan kontrak sedia ada,” katanya kepada Diario AS, suratkhabar sukan harian Sepanyol.

“Perbincangan kontrak baru sudah ke tahap selanjutnya, dan sekiranya berjalan lancar, saya akan menandatangani kontrak baru mungkin sebelum hujung bulan ini,”

Alonso menegaskan tempoh lanjutan kontraknya akan diuruskan oleh ayahnya.

“Saya hanya perlu memikirkan untuk terus bermain dengan baik, memenangi seberapa banyak perlawanan dan kejuaraan bersama Chelsea. Begitu juga dengan pasukan kebangsaan saya,”

Chelsea memulakan musim baru Liga Perdana dengan baik dibawah pengurusan Sarri, memenangi enam dan seri dua perlawanan dari lapan perlawanan pertama liga.

Sarri menggunakan formasi 4-3-3 di Stamford Bridge. Perubahan corak permainan ini menolak posisi bermain Alonso ke pemain pertahanan bek kiri, berbeza dari peranannya dalam formasi tiga pemain pertahanan dalam taktikal bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte.

“Saya selesa dengan kedua-dua formula. Saya juga pernah bermain sistem tiga orang pertahanan tengah di Itali, dan ia berjalan dengan lancar,” sambung Alonso.

“Saya juga menggemari sistem Sarri sekarang, yang hampir sama dengan corak permainan Luis Enrique. Dalam bolasepak moden, posisi, perletakan di dalam pasukan, dan penggunaan ruang sangat penting,”

“Saya ditekan mengenai perkara-perkara ini oleh kedua-dua jurulatih saya, Luis Enrique dan Maurizzio Sarri. Saya selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan corak bolasepak moden ini. Posisi asli saya ialah bek kiri dalam sistem empat orang pemain pertahanan, tetapi anda harus bersedia untuk membantu pasukan seperti yang dimahukan oleh seorang jurulatih,” tegas Alonso.

Artikel oleh: Aizat

Sumber: dailymail

Baca Juga: Hazard Patut Dinaikkan Gaji!

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 14 times, 1 visits today)

Leave a Reply