Bekas pemain pertahanan Chelsea Jason Cundy menggesa The Blues menaikkan gaji Hazard sehingga £750k seminggu untuk menutup peluang dan tawaran dari Real Madrid.

Pemain berusia 27 tahun ini memulakan musim dengan bergaya, menjaringkan tujuh gol dalam lapan perlawanan, memacu The Blues ke tangga teratas liga.

Eden Hazard, juga pemain Kebangsaan Belgium tampak selesa dengan peranannya dalam taktikal Maurizio Sarri, yang membenarkannya lebih bebas bergerak di kawasan “final third” bagi melancarkan sistem serangan.

Namun, Hazard menunjukkan minatnya untuk ke Santiago Bernabeu apabila memberikan komen berikut:

“Kadangkala apabila saya bangun dari tidur saya rasa seperti mahu pergi (ke Bernabeu). Tetapi kadangkala saya rasa mahu kekal (di Stamford Bridge). Ianya sukar. Ini masa depan saya. Saya berusia 27 tahun dan akan mencapai 28 pada Januari nanti”

Kenyataan tersebut mebuat penyokong Chelsea risau begitu juga Cundy, yang bermain untuk kelab ini pada tahun 1988 sehingga 1993. Beliau percaya kelab perlu menjadikan Hazard sebagai pemain yang patut diberi gaji paling tinggi dalam dunia bolasepak.

“Saya rasa pengakuan Hazard sangat terbuka dan jujur” Cundy memberitahu talkSPORT. “Jika mereka memberinya gaji yang setimpal, kita terpaksa terima jika dia mahu pergi, kerana masanya sudah tiba untuk dia mendapatkan apa yang patut dia dapat, dari segi pendapatan atau tempat yang sepatutnya sebagai bintang bolasepak”

“Jika ditanya mengenai pandangan saya, sudah tentu saya mahu dia kekal. Saya akan jadikan dia pemain termahal di dunia”

“Saya akan beri dia £650k, £700k atau £750k seminggu. Berapa nilai semasa beliau? £150k? Kamu tidak akan mampu menggantikan beliau!”

Sementara itu bekas pengurus Tottenham, Harry Redknapp memberi bayangan kepada rakan sejawatannya bahawa kehilangan Hazard bakal menjadi malapetaka kepada kelab.

“Ramai pihak berpendapat Chelsea bukan salah satu kelab yang akan memberi saingan apabila musim bermula, namun ianya silap” kata Redknapp.

Jadi jika Chelsea kehilangan Hazard, mereka tidak akan kemana-mana – beliau adalah sebagus itu.

“Mereka perlu membuat segala yang diperlukan untuk mengekalkan Hazard, namun pada akhirnya ianya adalah keputusan Hazard sendiri”

“Dan ianya sukar untuk kekal, jika tawaran itu datangnya dari Real Madrid” ujar Redknapp mengakhiri temubual.

Artikel Oleh : N.by

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 72 times, 1 visits today)

Leave a Reply