Credit : YEKATERINBURG, RUSSIA - JUNE 27: Andreas Granqvist of Sweden points during the 2018 FIFA World Cup Russia group F match between Mexico and Sweden at Ekaterinburg Arena on June 27, 2018 in Yekaterinburg, Russia. (Photo by Mike Hewitt - FIFA/FIFA via Getty Images)

Pemain pertahanan Sweden Andreas Granqvist berkata, memang terdapat khabar angin mengatakan dirinya diintai oleh Red Devils.

Kapten pasukan kebangsaan ini mengulas bahawa beliau memang mahu ke Old Trafford jika terdapat tawaran ke sana pada sesi perpindahan Januari akan datang.

Laporan menyebut Jose terdesak mendapatkan pemain berusia 33 tahun ini untuk memperkuatkan barisan pertahanan pasukannya.

Khabar angin yang bertiup itu mengatakan bahawa Jose Mourinho mahu membuat satu tawaran untuknya ke Old Trafford namun beliau mengakui tidak menerima sebarang tawaran pun.

Pemain bek tengah ini mengakui beliau teruja mendengar khabar angin tersebut.

“Saya benar-benar berminat. Namun selalunya ianya hanya cakap kosong bila ianya tersebar di surat khabar” dia memberitahu Expressen selepas pasukannya Helsingborg menewaskan Falkenberg.

“Saya tidak menutup mana-mana peluang pun. Ianya seperti mustahil memandangkan ianya adalah spekulasi semata-mata”

“Namun seperti yang saya katakan tadi, saya teruja bila nama saya disebut dalam khabar angin lebih-lebih lagi oleh Manchester United”

“Jika benar ada tawaran ke sana pada Januari depan, saya akan terima. Namun sekarang, tiada”

Khabar angin juga mencadangkan United mungkin bersetuju dengan pinjaman sahaja, seperti Henrik Larsson pada Januri 2007, namun Granqvist menolak kemungkinan seperti itu.

“Saya tidak pasti jika ianya adalah pinjaman. Selagi belum sahih, sukar untuk membuat sebarang spekulasi” ujarnya.

Granqvist menjaringkan dua gol di Piala Dunia lalu untuk melayakkan Sweden ke Peringkat Suku Akhir, namun tewas 0 – 2 kepada England di peringkat tersebut.

Jose dikhabarkan mahu mendapatkan bek tengah baru sebelum musim ini bermula, dimana Harry Maguire dan Toby Alderweireld dikaitkan dengan khabar angin ini, namun khabarnya permintaannya ditolak pemilik kelab kerana kekurangan dana.

Artikel Oleh : N.by

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 136 times, 1 visits today)

Leave a Reply