Manchester United akan bertandang ke Watford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini dan berharap dapat meleburkan rekod kemenangan 100% dalam empat perlawanan awal liga musim ini, dan berjaya menempatkan diri dikedudukan ketiga liga setakat ini.

 

Watford yang berjaya mengutip mata maksimum dalam empat perlawanan turun dengan keyakinan yang tinggi untuk mengambil kesempatan permulaan kurang meyakinkan United yang telah mencatat dua kekalahan dan hanya memperoleh dua kemenangan.

 

Permulaan yang dijangka sukar untuk The Hornets dalam saingan Premier League musim ini dinafikan oleh mereka dengan memulakan kempen dengan penuh bergaya dengan mengutip kemenangan demi kemenangan dalam empat perlawanan awal.

 

Hanya Liverpool dan Chelsea saja yang punyai rekod kemenangan 100% setakat ini dan akan melakukan sehabis baik untuk menamatkan musim ini dikedudukan yang terbaik dan Watford juga disebut sebut berpotensi bakal mengulangi kejayaan pasukan Leicester City yang berjaya menjuarai liga dua musim lalu.

 

Skuad kendalian Jose Mourinho berjaya menutup mulut pengkritik buat seketika selepas berjaya menewaskan Burnley 0-2 sebelum aksi antarabangsa minggu lalu, namun juara 20 kali itu kini ketinggalan enam mata dari pasukan teratas liga termasuk lawan mereka minggu ini, Watford.

 

Musim lalu, hanya Manchester City yang mempunyai rekod lebih baik berbanding United ketika bertandang ditempat lawan dan mengikut statistik itu, Red Devils bakal punyai kelebihan untuk mencatatkan kemenangan Sabtu ini.

 

United akan melalui beberapa perlawanan yang menarik selepas ini dimana bakal berkunjung ke Young Boys dalam aksi Liga Juara Juara Eropah sebelum menjadi tuan rumah dalam aksi Premier League menentang pendatang baru, Wolverhampton pada minggu hadapan.

 

Perlawanan Sabtu ini akan menjadi yang ke 31 diantara Watford dan Manchester United dalam semua pertandingan. United telah menang dalam 20 kemenangan dan hanya mencatatkan 5 kekalahan dari 30 perlawanan yang dilalui.

 

Kejayaan The Hornets menewaskan United dengan keputusan 3-1 pada musim 2016-17 merupakan kemenangan pertama mereka keatas Red Devils sejak September 1986.

 

Javi Gracia dijangka bakal mengekalkan skuad yang berjaya menewaskan Spurs sebelum ini walaupun Andre Gray mungkin akan digugurkan sekiranya ada perubahan dalam taktikal dan Nathaniel Chalobah berpotensi untuk tersenarai dalam kesebelasan utama.

 

Gerard Deulofeu mungkin akan kembali tersenarai selepas pulih dari kecederaan manakala Tom Cleverley dan Younes Kaboul akan terus tersisih akibat dari kecederaan yang dialami.

 

Walaupun Marcus Rashford berada dalam prestasi terbaik dalam aksi antarabangsa, dia akan tersisih dalam perlawanan Sabtu ini hasil dari penggantunga akibat menerima kad merah dalam aksi bertemu Burnley sebelum ini.

 

Keadaan Luke Shaw masih dalam pemerhatian selepas mengalami sedikit kecederaan ketika aksi bersama England dan dijangka Ashley Young akan membuat penampilan pertama musim ini diposisi bek kiri.

 

Diogo Dalot dijangka akan berada dibangku simpanan dan Marouane Fellaini yang beraksi cemerlang ketika menentang Burnley berkemungkinan akan mengekalkan posisi tersebut walaupun mempunyai sedikit masalah kecergasan.

 

Artikel Oleh: Hadi

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram: @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 36 times, 1 visits today)

Leave a Reply