Berdasarkan rekod yang agak baik menentang pasukan yang baru dipromosi ke PL serta kelebihan beraksi di halaman sendiri sedikit sebanyak motivasi buat pemain City untuk mengutip 3 mata penuh seterusnya memberi tekanan kepada pendahulu liga Liverpool.

Fulham yang akan turun tanpa ketua pasukan mereka mungkin tiada sebarang masalah selepas penyerang berbisa mereka Aleksandar Mitrovic telah menemui sentuhan gol selepas berjaya meledak 4 gol setakat ini seterusnya mengetuai carta penjaring terbanyak PL bersama Sadio Mane (Liverpool).

Fakta Perlawanan

Manchester City tidak pernah tewas dalam 10 perlawanan terakhir menentang Fulham (M7 S3 K0), mencatat kemenangan dalam kesemua 5 pertemuan terakhir berturut-turut.

Manchester City tidak pernah mencatat kemenangan dalam 6 perlawanan PL berturut-turut menentang satu pasukan berpangkalan di London, termasuk 5 kemenangan berturut-turut menentang Crystal Palace.

Fulham hanya berjaya mencatat 4 kemenangan daripada 26 perlawanan PL terakhir menentang penyandang juara PL (M4 S4 K18), dan 9 perlawanan terakhir daripadanya tanpa sebarang kemenangan (M0 S2 K7).

Manchester City tidak pernah tewas aksi PL sebagai tuan rumah menentang pasukan yang baru dinaikkan liga sejak tewas 0-2 kepada Reading pada Februari 2007. The Citizen telah menang 29 perlawanan dan seri 4 kali sejak kekalahan tersebut.

Pasukan terakhir yang baru dinaikkan liga yang berjaya menewaskan skuad di bawah kendaliann Pep Guardiola dalam saingan liga ialah Real Sociedad pada April 2011, ketika beliau bersama Barcelona.

Manchester City hanya tewas dalam 2 daripada 40 perlawanan PL di Etihad di bawah Pep Guardiola (M29 S9 K2), dengan kedua-dua kekalahan tersebut hadir ketika menentang pasukan “Top 6” (Chelsea pada 2016 & Man United pada 2018).

Sejak penampilan sulungnya bersama Fulham pada Februari, Aleksandar Mitrovic telah menjaringkan lebih banyak gol dalam 2 liga teratas England berbanding pemain lain (16).

Penyerang Manchester City telah menjaringkan 27 gol dalam 34 penampilan menentang pasukan yang baru dinaikkan liga, termasuk 12 gol dalam 11 perlawanan terakhir.

Berita Pasukan

Raheem Sterling dijangka kembali cergas dan akan diturunkan ketika Manchester City menerima kunjungan Fulham Sabtu ini.

Kevin de Bruyne kekal diketepikan kerana masih menjalani pemulihan kecederaan lutut.

Fulham akan turun tanpa ketua pasukan mereka Tom Cairney yang masih menjalani pemulihan dari kecederaan kaki ketika menentang Burnley sebelum tugasan antarabangsa.

Pemain tengah Neeskans Kebano (pergelangan kaki) pemain pertahanan Tim Ream (peha) juga tidak dapat disenaraikan bersama pasukan.

Artikel Oleh : Hakim Zainal

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 20 times, 1 visits today)

Leave a Reply