Maurizio Sarri mempunyai peluang untuk melebarkan rekod tanpa kalah skuad The Blues di bawah kendaliannya dengan kemenangan ke lima berturut-turut di Premier League menjelang pertemuan menentang Cardiff di Stamford Bridge nanti. Chelsea merupakan antara tiga pasukan di Premier League yang masih tanpa kekalahan musim ini bersama Liverpool dan pasukan kejutan iaitu Watford.

Sarri juga menegaskan skuadnya bukanlah pilihan untuk mencabar kejohanan Premier League ini, malah, walaupun memenangi empat perlawanan pertama mereka berturut-turut, dia hanyalah pengurus yang keenam untuk berbuat demikian. Dia juga realistik dan menyatakan bahawa agak susah untuk menutup ruang 30 mata yang dicipta oleh Manchester City musim lepas.

Begitupun, keyakinan pastinya tinggi dalam skuad The Blues, selepas mereka mengenepikan cabaran Huddersfield, Arsenal, Newcastle dan Bournemouth sebelum ini, momentum itu pastinya akan menjadi kunci untuk mereka menghadapi tiga kejohanan yang berbeza iaitu Premier League, Piala EFL dan Europe League bermula minggu hadapan.

Bagi Cardiff pula, mereka mula menampakkan gaya permainan yang menarik dan bukan hanya bertahan, berbeza dengan perkara itu Neil Warnock sudah menyatakan bahawa Cardiff akan melakukan sebaik mungkin dan akan memberi tentangan yang hebat kepada Chelsea di Stamford Bridge nanti, seperti mana yang mereka lakukan apabila menentang Arsenal sebelum ini.

Banyak perkara positif yang boleh diambil oleh Warnock dalam perlawanan sebelum ini, termasuk kejayaan mereka dalam berjaya menjaringkan gol selepas tidak berjaya dalam empat percubaan sebelum ini, serangan mereka berjaya di senyapkan oleh Bournemouth, Newcastle dan Huddersfield dalam perlawanan lepas.

Dua mata dalam empat perlawanan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, ditambah pula agak susah untuk melihat dari mana mereka boleh mendapatkan mata selepas perlawanan menentang Chelsea ini, berikutan mereka akan menghadapi tentangan dari empat pasukan yang berjaya menamatkan saingan di kedudukan tujuh teratas liga musim lepas dalam lima perlawanan mereka selepas ini.

Rekod Pertemuan

Chelsea telah menang 10 daripada 12 pertemuan terakhir mereka menentang Cardiff, termasuk dua pertemuan lepas di Premier League pada musim 2013-2014.

The Blues megah dengan kemenangan 4-1 di Stamford Bridge pada awal musim itu sebelum sekali lagi menang 2-1 di Cardiff pada perlawanan terakhir musim tersebut.

 

Cardiff telah bolos sebanyak 10 kali dalam 3 perlawanan menentang Chelsea sejak perubahan ke millennium baru, termasuk kekalahan 4-1 di kejohanan Piala FA pada pusingan ke-5, lapan tahun yang lepas.

 

Berita Pasukan

Tiada masalah kecederaan yang besar untuk skuad Sarri, hanya Cesc Fabregas menunggu masa yang sesuai untuk beraksi.

Sementara, Pedro yang cemerlang dari bangku simpanan menentang Bournemouth, perlu bersaing dengan Willian untuk tempat di kesebelasan utama ditambah dengan kehadiran Hazard yang pastinya akan bermula dalam perlawanan ini.

Masih menjadi tanda tanya akan kecergasan Josh Murphy dan Aron Gunnarsson manakala, Nathaniel Mendez-Laing pula memerlukan jangka masa yang panjang untuk kembali pulih.

Sementara, Neil Etheridge yang dicalonkan untuk pemain bulanan August selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti dalam dua perlawanan berbeza pastinya akan membuat Warnock yakin dengan aksi penjaga golnya yang cemerlang itu.

 

Sejarah sebelum ini kelihatan baik untuk The Blues, kelab itu hanya kalah sekali daripada 51 perlawanan ‘home’ liga mereka menentang pasukan baru naik ke Premier League iaitu Bournemouth pada Disember 2015. Untuk Cardiff pula mereka tidak rugi apapun dalam usaha untuk mengejutkan pasukan dari London itu dan pastinya akan memberi masa yang sukar kepada lawan untuk mendapatkan sebarang mata.

 

Artikel oleh: S.A

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 31 times, 1 visits today)

Leave a Reply