Musim baru Premier League bermula untuk kedua-dua pasukan ini pada hari Sabtu, mereka tidak menikmati musim panas yang selesa dalam pasaran perpindahan kerana terikat dengan dana yang sempit.

Ulangan perlawanan pembukaan liga musim lepas membawa Newcastle kepada saingan Premier League buat tahun kedua berturut-turut. Magpies yang mengakhiri saingan liga di tempat ke-10 sebelum ini di puji kerana melebihi jangkaan yang ditetapkan kepada mereka. Pujian juga kepada Rafa Benitez yang membina skuadnya dengan asas yang kukuh.

Begitupun, adakah mereka kuat untuk mengharungi musim ini dengan azam dan kekuatan seperti musim lepas tetap menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi dengan pemilik kelabnya Mike Ashley yang menyimpan keuntungan kelab dan bukanya memberi lebih dana untuk Rafa membawa masuk pemain baru yang dikehendakinya.

Bagi Tottenham pula, Mauricio pochettino tidak membawa masuk pemain baru sekaligus membantutkan persiapan untuk musim baru ini. Dengan majoriti pemainnya hadir untuk latihan hanya dalam minggu ini berikutan terlibat dengan kejohanan Piala Dunia. Harapan untuk mencipta sesuatu dalam musim ini mungkin sedikit sukar.

Apapun, kedua-dua pihak telah mengekalkan sebahagian besar daripada skuad masing-masing yang musim lalu menyaksikan mereka menamatkan saingan lebih tinggi daripada yang dijangkakan dalam kedudukan liga.

Rekod Pertembungan

Ini merupan kali keempat Newcastle menentang Spurs di perlawanan pertama liga dalam saingan musim baru liga, lebih banyak dari pertembungan pasukan lain.

Spurs telah menang 68 daripada 158 pertembungan diantara mereka sebelum ini, Manakala, Newcastle memenangi hanya 58 perlawanan.

Sementara itu hanya 2 daripada 37 pertemuan mereka dalam semua pertandingan berakhir dengan keputusan seri.

Musim lalu, Spurs memenangi kedua-dua pertemuan menentang Newcastle tanpa bolos. Jumlah 21 gol dalam 19 perlawanan home untuk Magpies adalah salah satu yang terendah di liga.

Berita Pasukan

Spurs terjejas lebih daripada kebanyakan kelab lain dengan ramai pemain mereka terlibat dengan kejohanan Piala Dunia, kelab dari Utara London itu mempunyai sembilan wakil di separuh akhir kejohanan itu termasuk Harry Kane, Dele Alli, Jan Vertonghen dan Hugo Lloris.

Ditambah dengan kecederaan Victor Wanyama, Erik Lamela, Juan Foyth dan Harry Winks yang hanya menambah kerisauan Pochettino.

Bek tengah Newcastle Florian Lejeune diketepikan dengan kecederaan lutut, tetapi pemain baru Salomon Rondon dijangka mengetuai serangan. Manakala Yoshiri Muto dan Fabian Schar dijangka bermula dari bangku simpanan.

Tottenham Hotspurs akan tetap menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini walaupun tidak membawa masuk pemain baru. Spurs menang 2 daripada 3 perlawanan persahabatan manakala Newcastle tidak menjaringkan sebarang gol dalam 3 perlawanan persahabatan mereka sebelum ini ditambah pula dengan rekod Magpies yang selalu bermula hambar di saingan awal liga memberi kelebihan kepada Spurs.

Artikel oleh: S.A

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 51 times, 1 visits today)

Leave a Reply