Selepas dihidangkan dengan aksi Piala Dunia, kancah saingan liga yang menjadi tumpuan dunia kini kembali menemui peminat bola sepak dan akan dimulakan dengan pertembungan dua bekas juara iaitu Manchester United dan Leicester City.

Skuad kendalian Jose Mourinho dijangka akan memulakan saingan liga tanpa kelibat beberapa tonggak utama ekoran dari kecederaan yang dialami dan kecergasan pemain yang baru selesai bercuti selepas kempen Piala Dunia yang lalu.

United yang mengharungi siri perlawanan persahabatan dalam jelajah pra musim mereka telah dianggotai oleh ramai pemain muda, dan mencatat keputusan yang kurang memuaskan dan hal ini merisaukan banyak pihak. Mourinho mengatakan ketiadaan beberapa pemain tonggak mereka dalam jelajah pra musim sedikit sebanyak merencatkan persiapan pasukannya untuk menghadapi musim baru liga.

Rata rata penyokong dan Mourinho sendiri sedikit kecewa dengan proses perpindahan pemain dalam jendela perpindahan dan hanya berjaya menandatangani Fred, Diogo Dalot dan Lee Grant sahaja, ditambah dengan khabar angin mengatakan Paul Pogba dan Anthony Martial akan berpindah pasti sedikit sebanyak memberi tekanan kepada United.

Namun, apa yang positif ialah Alexis Sanchez yang mula menemui sentuhan jaringan dan bantuan gol dalam perlawanan pra musim dan prestasi baik dari pemain muda seperti Tahith Chong dan Andreas Perreira dijangka mampu digalas dengan baik dalam aksi pembukaan di Old Trafford.

Claudio Puel sempat mengusik Jose Mourinho tentang saga perpindahan pertahanan kebal Leicester City, Harry Maguire, yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke United tetap berwaspada dengan ancaman di Old Trafford walaupun United punyai pra musim yang sedikit hambar.

Perpindahan Riyad Mahrez ke Manchester City pasti dirasai melalui corak permainan dan sebagainya tetapi dengan kehadiran pemain baru seperti James Maddison, Rachid Ghezzal dan Ricardo Perreira sudah tentu akan memberi nafas baru dalam pasukan Leicester City.

Red Devils kebal dalam dalam lapan perlawanan menentang The Foxes sejak kekalahan 5-3 di King Power Stadium semasa Leicester kembali dalam kancah liga utama pada tahun 2014.

Pada Ogos musim lepas ketika pertemuan di Old Trafford, United Berjaya mengatasi The Foxes dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Marcus Rashford dan Marouane Fellaini.
Antara nama yang sudah pasti akan diketepikan akibat dari kecederaan ialah Nemanja Matic dan Ander Herrera serta kapten mereka, Antonio Valencia. Eric Bailly juga masih dalam pemerhatian dan ini dapat membuka peluang Victor Lindelof untuk berganding bersama Chris Smalling di bahagian pertahanan tengah.

Kontinjen dari Piala Dunia seperti Ashley Young, Marouane Fellaini, Jesse Lingard, Romelu Lukaku dan Paul Pogba dijangka tidak diturunkan. Fred akan melakukan debut pada perlawanan ini dan Andreas Perreira akhirnya diramal akan turun dalam kesebelasan utama untuk mempamerkan bakatnya selepas pulang dari tempoh pinjaman di Valencia.

Puel akan memberi laluan untuk James Maddison dan Ricardo Pereira untuk melakukan penampilan pertama dalam Liga Perdana Inggeris dan akan mencuba untuk menurunkan Jonny Evans yang dalam perhatian akibat dari kecederaan. Penyerang berbisa mereka, Jamie Vardy dijangkan akan bermula dibangku simpanan.

 

Artikel Oleh: Hadi

 

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram: @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 39 times, 1 visits today)

Leave a Reply