Anfield menjadi saksi perlawanan pembukaan musim baru bagi Liverpool dan West Ham kali ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris(LPI).

Bagi Liverpool, untuk musim ini mereka bermula dengan baik, ditambah dengan beberapa muka baru yang bakal membarisi skuad Liverpool dan ditambah dengan beberapa keputusan yang baik dalam perlawanan pra musim yang mereka lalui sebelum ini.

Penyokong Liverpool bakal disajikan dengan gandingan pemain termahal didunia. Dimulakan dengan penjaga gol kedua dengan perpindahan termahal didunia, Alisson Becker dibantu oleh pertahanan termahal didunia, Virgil Van Dijk dan diberikan perlindungan oleh pemain tengah baru mereka iaitu Fabinho dan Naby Keita.

Liverpool telah memenangi 4 perlawanan terakhir dalam pra musim yang mereka lalui termasuk menewaskan seteru utama mereka dalam LPI iaitu Manchester City. Dalam tempoh tersebut mereka telah menjaringkan 14 gol, jadi menjaringkan gol bukan masalah buat Liverpool. Pertahanan West Ham harus berwaspada, sudah tentu hari itu merupakan hari yang sangat memenatkan buat pertahanan West Ham.

West Ham pula antara pasukan yang berbelanja besar musim ini dalam LPI dengan membelanjakan sejumlah 80 juta pound keatas pemain serangan seperti Issa Diop, Andriy Yarmalenko dan Felipe Anderson.

Agak menghairankan buat West Ham yang membuat perbelanjaan besar keatas pemain serangan dan tidak pada bahagian pertahanan, mengikut statistik musim lalu dalam LPI, mereka telah bolos sebanyak 68 gol musim lalu menjadikan mereka antara pasukan yang paling banyak dibolosi.

Untuk rekod di Anfield pula, West Ham hanya menang sekali sahaja dalam 17 kunjungan mereka ke Anfield sebelum ini, mencatatkan 1 kemenangan, 4 keputusan seri dan 12 kekalahan buat pasukan yang berpangkalan di London tersebut.

Bagi pertembungan antara mereka, telah mencatatkan purata 3.5 gol dalam satu perlawanan jika dikira dalam 4 pertembungan terakhir antara mereka dan Liverpool berjaya menjaringkan 4 gol dalam 3 perlawanan berturut-turut menentang West Ham.

Pada musim lalu, West Ham hanya berjaya mengutip 2 mata sahaja ketika menentang pasukan dalam kalangan 6 teratas.

Liverpool mendapat perkhabaran sedih awal bulan lalu, apabila pemain tengah mereka Alex Oxlade Chamberlain bakal terlepas musim 2018/2109 ini akibat kecederaan lutut. Beberapa nama lain seperti Joe GOmez, Jordan Henderson, Ragnar Klavan, Joel Matip dan James Milner antara nama yang bakal diketepikan akibat masalah kesihatan dan kecergasan.

Bagi West Ham pula, Andy Carroll, Manuel Lanzini dan Winston Reid dantara nama yang berada dalam senarai kecederaan panjang buat pasukan mereka, selain itu pemain lain dapat diturunkan.

Persoalannya, skuad yang berbelanja besar manakah yang bakal melangkah bergaya dalam perlawanan pembukaan LPI bagi musim 2018/2019 ini? kita saksikan.

Artikel oleh: A Mashud

Ikuti kami juga di
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 82 times, 1 visits today)

Leave a Reply