David Wagner nampak seperti tiada masalah untuk memulakan perlawanan pembukaan PL dengan pintu perpindahan musim panas ini berjalan sempurna dalam menambah baik pasukan dengan kemasukan pemain baru serta hanya seorang sahaja pemain yang mengalami kecederaan.

Chelsea pula dilihat bakal merehatkan pemain utama mereka yang baru sahaja pulang ke kem latihan selepas Piala Dunia dan hanya menjalani latihan selama seminggu di bawah pengurus baru mereka dengan muka baru seperti Jorginho, Kepa Arrizabalaga akan berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan pembukaan ini manakala bintang muda mereka Hudson-Odoi dijangka akan terus diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama.

Fakta Perlawanan

Hudddersfield gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 8 pertemuan liga terakhir menentang Chelsea (S3 K5), dengan kemenangan terakhir mereka menentang The Blues ialah pada Mac 1963, dalam kemenangan 2-1 di tempat lawan.

Sebagai tuan rumah, Huddersfield telah tewas dalam 4 pertemuan terakhir liga menentang Chelsea, mereka tidak pernah tewas dalam 5 pertemuan berturut-turut di halaman sendiri dalam saingan liga menentang satu pasukan.

Tiga daripada lima kad merah terakhir yang telah dilayangkan pada perlawanan pembukaan EPL telah diterima oleh pemain Chelsea (Thibaut Courtois vs Swansea pada 2015-16 dan Gary Cahill & Cesc Fabregras vs Burnley musim lalu).

Willian telah terlibat dalam kesemua 3 gol Chelsea dalam kemenangan 3-1 dalam jadual perlawanan ini musim lalu, menjaringkan satu gol dan membantu 2 gol selebihnya.

Tiada pasukan yang tewas lebih banyak perlawanan EPL (10) atau mencatat kutipan mata EPL terendah (13) pada 2018 berbanding Huddersfield.

Berita Pasukan

Dengan ketiadaan Thibaut Courtois yang berhijrah ke Real Madrid, Kepa Arrizabalaga akan menggantikan posisi No 1 tersebut selepas memeterai perjanjian bersama Chelsea dengan rekod perpindahan termahal bagi posisi penjaga gol (£72 juta).

Cesc Fabregas diragui tahap kecergasannya selepas mengalami kecederaan lutut ringan selepas dikeluarkan pada perlawanan Piala Perisai Komuniti lalu.

Pemain yang dipinjamkan ke PSV, Marco van Ginkel telah kembali bersama Chelsea tetapi mengalami kecederaan ligament lutut dan akan diketepikan sebahagian daripada musim ini.

Chelsea tiada sebarang kecederaan pemain lain dengan Eden Hazard, Olivier Giroud, N’Golo Kante, Gary Cahill dan Michy Batshuayi bakal direhatkan selepas hanya menjalani latihan selama seminggu di bawah Sarri sekembalinya dari Piala Dunia.

Hudderdfield hanya mempunyai seorang pemain yang akan diketepikan pada perlawanan pembukaan ini, dengan Danny Williams tidak cukup cergas untuk bermain selepas mengalami kecederaan lutut.

Artikel Oleh : Hakim Zainal

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 34 times, 1 visits today)

Leave a Reply