Credit : during the Premier League match between Arsenal and Manchester City at Emirates Stadium on March 1, 2018 in London, England.

Arsenal akan memulakan era baru di bawah kendalian pengurus Sepanyol, Unai Emery. Dia menggantikan Arsene Wenger, selepas pengurus Perancis berusia 68 tahun itu meletak jawatan pada musim lepas selepas 22 tahun menerajui kelab bolasepak Arsenal.

Unai Emery perlu melaluii ujian getir dalam perlawanan pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan melawan Manchester City, yang sangat menggerunkan dan mantap di bawah kendalian Pep Guardiola.

Skuad Guardiola sudah menunjukkan kemampuan mereka minggu lepas dengan membenam Chelsea 2-0 dalam perlawanan Piala Komuniti di Stadium Wembley.

Emery sudah membuat beberapa pembelian untuk memperbaiki prestasi Arsenal terutama di bahagian pertahanan dengan membawa masuk lima orang pemain iaitu Bernd Leno (penjaga gol), Stephen Lichsteiner (bek kanan), Sokratis Papastathopoulos (pertahanan tengah), Matteo Guendouzi dan Lucas Torreira (pemain tengah).

Corak permainan Arsenal di bawah pengurusan Emery kelihatan berbeza berbanding permainan Arsenal di zaman Wenger, yang boleh dilihat dalam lima perlawanan persahabatan pra-musim Arsenal pada bulan Julai dan awal bulan Ogos lepas. Walaubagaimanapun, cabaran pertama Emery pastilah menentang pengurus berkelas dunia, Pep Guardiola pada hari ahad ini.

Pep Guardiola tidak berbelanja besar untuk musim 2018/2019, sekadar melaburkan sekitar £65 – £70 juta untuk membawa 4 orang pemain iaitu Riyad Mahrez (Leicester City), Daniel Arzani (Melbourne City), Philippe Sandler (PEC Zwolle), dan Claudio Gomes (Paris Saint-Germain).

Pep Guardiola sudah menyatakan skuadnya semakin mantap dan bersedia untuk memperbaharui rekod mata liga yang dipungut mereka musim lepas.

Adakah Emery mampu menyediakan taktikal Arsenal untuk menghadapi corak permainan kemas Pep Guardiola, atau Pep Guardiola boleh meneruskan niat meranapkan Arsenal dengan serangan pantas mereka seperti yang berlaku pada musim lepas.

Rekod Pertembungan

Arsenal dan Manchester City bertembung sebanyak tiga (3) kali musim lepas, dua dalam perlawanan liga, dan satu perlawanan akhir Piala Liga, menyaksikan The Citizens menjaringkan 9 gol dan hanya bolos 1 gol.

5 keputusan perlawanan terakhir Arsenal lawan Manchester City di Stadium Emirates.

2017/2018: Arsenal (0) – (3) Manchester City
2016/2017: Arsenal (2) – (2) Manchester City
2015/2016: Arsenal (2) – (1) Manchester City
2014/2015: Arsenal (2) – (2) Manchester City
2013/2014: Arsenal (1) – (1) Manchester City

Berita pasukan

Arsenal mungkin akan beraksi menentang Manchester City pada Ahad ini tanpa pemain tengah Wales, Aaron Ramsey, dan dua orang pemain bek kiri, iaitu Sead Kolasinac dan Nacho Monreal yang mengalami kecederaan lutut. Manakala pemain veteran pertahanan tengah Perancis, Laurent Koscielny masih lagi berehat panjang akibat kecederaan Achilles yang dialaminya musim lepas.

Manchester City menarik nafas lega kerana hampir kesemua pemain kesebelasan utama mereka tidak menghadapi kecederaan serius, dan dijangka cergas untuk aksi menarik Ahad ini. Walaupun Kevin de Bruyne, Kyle Walker, Raheem Sterling beraksi sehingga perlawanan separuh akhir dalam Piala Dunia 2018 yang lepas, mereka dijangka tetap disenaraikan dalam kesebelasan utama, mahu memastikan 3 mata pertama Liga Perdana Inggeris 2018/2019 di bawa pulang ke Stadium Ettihad.

Artikel Oleh : Aizat

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 175 times, 1 visits today)

Leave a Reply