Credit : Sumber Gambar: Goal.com

Bintang sensasi The Reds, Mohamed Salah mengakui dirinya mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dengan corak pemanduan dan keadaan jalan raya di England terutamanya di Liverpool. “Dalam beberapa minggu awal, saya mengalami beberapa kemalangan kecil sewaktu memandu dan ianya waktu yang sukar untuk saya. Namun lama-kelamaan segalanya menjadi semakin baik” kata Salah. Walaupun berjaya menyesuaikan diri di dalam padang dengan menjaringkan banyak gol nampaknya Salah mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri di luar padang.

Berkata mengenai musim baru yang akan bermula pada hujung munggu ini, “sudah tentu saya perlu berusaha keras untuk mengekalkan Kasut Emas yang dimenangi musim lepas. Saya perlu kekal konsisten dan fokus pada setiap perlawanan untuk bersaing dengan pemain yang hebat seperti Harry Kane dan Sergio Aguero”, kata bintang sensasi yang menjaringkan 44 gol dalam semua kejohanan musim lepas.

Liverpool akan membuka kempen dengan melayani kunjungan West Ham United. Dengan pembelian pemain-pemain terbaik dunia yang telah dilakukan, pastinya The Reds berada di landasan tepat untuk merampas kejuaraan EPL daripada Manchester City.

Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Emeir Hayqal. Jika anda mempunyai artikel mengenai bola sepak yang mahu dikongsikan, hubungi kami melalui laman media sosial kami.

Baca Juga: 4 Pengurus Yang Akan Melakukan Debut Di PL Musim Ini

(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Reply