Credit : Sumber: CNN

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp telah menghantar mesej harapan kepada pasukan bola sepak yang terperangkap di dalam gua di Thailand.

“Bagi pihak keluarga LFC keseluruhannya kami ingin mengucapkan dengan sepenuh hati supaya semuanya berakhir dengan baik,” kata Klopp dalam mesej video yang dihantar kepada CNN Sport.

“Kekal kuat dan kami tetap bersama anda. Kami mengikuti semua berita dan berharap setiap saat supaya anda melihat siang hari lagi nanti.”

12 kanak-kanak lelaki yang berusia di antara 11 dan 16 tahun, memasuki gua pada 23 Jun bersama jurulatih bola sepak mereka, hanya untuk terkandas dalam terowong gelap dengan hujan lebat secara tiba-tiba dan berterusan tanpa henti.

Ia mengambil sembilan hari untuk penyelamat akhirnya mengesan pasukan bola sepak yang hilang itu selepas perlu mengharungi laluan yang sempit dan ditenggelami air.

Usaha berterusan sedang dijalankan oleh penyelamat dalam percubaan untuk merangka pelan bagi membawa mereka keluar sebelum banjir meningkat lebih tinggi malah mengikut penilaian perubatan agak merbahaya untuk cuba mengeluarkan mangsa buat masa ini.

“Kami semua sangat optimis tentang apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa mudah-mudahan, minit, jam atau hari akan datang,” kata Klopp.

“Kekal kuat, kami doakan yang baik-baik di sini untuk anda dari Liverpool. Kami ada dengan anda, you’ll never walk alone,” tambah pengurus dari Jerman itu merujuk kepada lagu peminat Liverpool nyanyikan sebelum setiap perlawanan di Anfield.

Finalis Liga Juara-Juara Liverpool merupakan salah satu pasukan yang cukup popular di Thailand dan telah mengadakan perlawanan persahabatan di sana pada masa lalu, Liverpool juga mempunyai laman web dalam bahasa Thai yang didedikasikan kepada rakyat Thailand.

FIFA juga memberitahu CNN Sport bahawa mereka mengikuti rapat dengan Persatuan Bola Sepak Thailand atas nasib mangsa yang terperangkap itu.

“Kami berharap dengan bantuan pasukan penyelamat, remaja itu dan jurulatih mereka akan dikeluarkan dari gua dengan selamat sehingga mereka boleh bersatu semula dengan keluarga masing-masing,” kata badan pentadbiran dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Croatia dan pasukan kebangsaan mereka, yang sedang beraksi di Piala Dunia, menyatakan kagum dengan keberanian dan kekuatan yang ditunjukkan oleh remaja-remaja itu dan jurulatih mereka dalam keadaan yang menakutkan dan mencabar yang dihadapi.

” Ini adalah keadaan yang lebih besar daripada sukan, tetapi daya saing mereka akan membantu menghadapi cabaran getir itu. ”

Semoga semuanya berakhir dengan baik dan tidak ada lagi kematian dalam usaha untuk menyelamatkan mereka, dunia bola sepak akan terus memberi semangat dan sokongan.

Artikel oleh: S.A

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

Baca Juga: Sturridge Telah Beraksi Dengan Baik!

(Visited 38 times, 1 visits today)

Leave a Reply