Credit : Sumber: This Is Anfield

Daniel Sturridge “kelihatan benar-benar baik” sekembalinya beraksi bersama Liverpool, kata Jurgen Klopp, kerana penyerang antarabangsa England itu perlu membuktikan dirinya untuk berada dalam perancangan musim baru Liverpool.

Masalah kecederaan telah menjadi isu yang besar untuk Sturridge sejak kebelakangan ini, malah dia hanya terhad kepada sembilan penampilan Premier League untuk Liverpool musim lalu. Dia telah terlibat enam lagi perlawanan liga semasa dipinjamkan ke West Brom, tetapi gagal untuk mencari sasaran gol.

Sturridge bagaimanapun, mendapat rentak kembali dalam perlawanan pertama persahabatan pra-musimnya, dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan besar 7-0 terhadap Chester, dan pengurusnya berharap itu adalah tanda yang baik untuk sesuatu yang baharu.

Kata Klopp kepada pemberita selepas aksi produktif pasukannya: “Saya melihat banyak perkara yang baik dari Daniel.”

“Kagum?, Ia perlukan lebih untuk Daniel mengagumkan saya kerana saya tahu tentang kualitinya. Minggu yang sangat positif dan hari ini dia kelihatan benar-benar baik. Kami mula bermain bola sepak apabila dia berada di padang, itulah kisahnya.”

Sumber: Liverpool Echo

Dua gol jaringan Sturridge adalah salah satu daripada beberapa bonus untuk Liverpool dalam perlawanan pertama mereka musim panas ini, dengan rekrut baru Fabinho dan Naby Keita juga memberi aksi yang baik buat masing-masing.

Klopp gembira dengan pasukannya, dengan beberapa pemain muda yang lain turut mendapat peluang untuk menarik perhatian dengan campuran pemain senior.

Klopp menambah: “Dua puluh dua pemain dan tiada siapa yang cedera. Sebenarnya lebih, 44 pemain.”

“Separuh masa pertama sudah tentu saya tidak gembira, pemain tidak cekap dan kelihatan kaku. Secara jujurnya, bukan saya melihat lima jam untuk kesebelasan utama pasukan dan yakin akan menjadi kesebelasan itu. Jadi mereka perlu bekerja bersama-sama dalam pramusim, terutama dalam perlawanan pertama.”

“Ya, kami telah bekerja keras dalam seminggu ini.Ya, padang agak kering.Ya, angin menjadikan padang lebih kering. keadaan tidak begitu baik.”

“Pihak lawan agak teratur. Anda dapat melihat ia adalah sukar pada separuh masa pertama, kami tidak bermain dengan baik. Separuh masa kedua adalah lebih baik. Ia adalah lebih mudah buat pemain pada separuh masa kedua. Naby, terutamanya, dia beraksi dengan baik. Itu adalah petanda yang positif. ”

Liverpool akan memulakan kempen Premier league 2018-19 dengan menanti kunjungan West Ham pada 12 Ogos nanti di Anfield.

Artikel oleh: S.A

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

Baca Juga: Tom Cairney Kekal Di Craven Cottage!
Sumber: goal.com

(Visited 24 times, 1 visits today)

Leave a Reply