Credit : Sumber: Twitter

Tom Cairney, kapten kelab Fulham FC telah menandatangani kontrak baru selama 5 tahun untuk terus bersama dengan kelab London yang baru naik ke PL bagi musim 2018/2019.

Khabar angin kuat mengaitkan pemain tengah Scotland ini dengan perpindahan ke seteru kelab London iaitu West Ham United. Tetapi prospek perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan selepas Cairney sudah mengikat kontrak di Craven Cottage sehingga musim panas 2023.

“Saya sangat gembira selepas menandatangani kontrak baru ini. Bolasepak Liga Perdana sudah kembali ke Craven Cottage, dan ianya sangat bagus untuk terus bersama dengan skuad yang telah membawa kelab ke posisi ini,” kata Cairney selepas menandatangani kontrak baru itu.

Sumber: Daily Star

Pemain kelahiran Nottingham ini sudah bermain dengan Fulham selama tiga tahun selepas menyertai dari Blackburn Rovers pada tahun 2015. Dia telah pun membuat 130 penampilan dan menjaringkan 27 gol untuk Fulham.

Dia juga yang menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan akhir playoff Championship pada minit ke-23, membantu Fulham menewaskan Aston Villa 1-0, dan melayakkan mereka kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Artikel Oleh : Aizat

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

Baca Juga: Aymeric Laporte mahu bermain untuk La Roja!

(Visited 40 times, 1 visits today)

Leave a Reply