Pemain pertahanan Manchester City, Aymeric Laporte mungkin mahu menetapkan karier permainan antarabangsanya bersama Sepanyol selepas dia tidak terpilih oleh Didier Deschamps dalam skuad Perancis ke Piala Dunia 2018.

Sepanyol dilaporkan berminat untuk menawarkan debut antarabangsa kepada pemain berusia 24 tahun itu selepas kempen buruk mereka dalam saingan Piala Dunia 2018 di Russia.

Sepanyol hanya memenangi satu perlawanan sahaja dari empat perlawanan di sana (menewaskan Iran 1-0), dan disingkirkan oleh pasukan tuan rumah, Russia menerusi penentuan sepakan penalti di pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir.

Manchester Evening News melaporkan skuad tua Sepanyol, sudah memulakan pencarian alternatif untuk menggantikan pemain-pemain veteran seperti Gerard Pique dan Sergio Ramos, yang berkemungkinan tidak akan menjadi pemain utama lagi menjelang tahun 2022.

Pemain pertahanan kedua termahal di dunia ini tidak pernah membuat penampilan antarabangsa. Walaupun dia pernah mewakili skuad bawah 21 tahun Peracis, dia tetap menjadi salah seorang pemain pilihan.

Dia merupakan keturunan Basque – dan kerana polisi pemain Basque sahaja, dia memulakan karier bersama Athletic Bilbao – dan dia boleh bermain untuk Sepanyol selagi dia belum pernah membuat penampilan antarabangsa untuk negara lain.

Laporte juga pernah tersenarai dalam skuad Perancis untuk menghadapi dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Sweden dan Bulgaria, tetapi dia tidak membuat penampilan dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Aymeric Laporte, menjadi pemain pertahanan kedua termahal di dunia selepas menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan bayaran yuran perpindahan £57 juta dari kelab Sepanyol, Athletic Bilbao. Dia membuat 9 penampilan, dan memenangi dua kejuaraan bersama kelab Manchester tersebut.

Baca Lagi: Kesebelasan Pemain PL Tidak Terpilih ke Piala Dunia!

Artikel Oleh : Aizat

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

 

 

(Visited 21 times, 2 visits today)

Leave a Reply