Pemain penyerang, Callum Wilson menandatangani kontrak baru selama empat (4) tahun bersama kelab dari selatan England, AFC Bournemouth.

Pemain berusia 26 tahun ini menyertai kelab selatan England itu pada bulan Julai 2014 dari Coventry City, dan membantu mereka naik ke Liga Perdana Inggeris pada musim yang sama.

Walaubagaimanapun, karier Wilson di Bournemouth dihantui dengan dua siri kecederaan lutut (cruciate ligament rupture) pada musim 2015/16 dan 2016/17.

2017/18 merupakan musim tanpa kecederaan, dan dia membuat 23 penampilan Liga Perdana dan menjaringkan lapan gol, membantu Bournemouth menamatkan musim tersebut di kedudukan ke-12. Salah satu golnya memberi semangat kepada rakan sepasukannya untuk bangkit dari ketinggalan 1-0, untuk menang 2-1 mengatasi Arsenal di laman sendiri.

“Saya gembira untuk menandatangani kontrak baru ini,” katanya di laman web rasmi kelab selepas selesai urusan kontrak barunya yang akan mengekalkan dia di Stadium Vitality sehingga musim panas 2022.

“Saya rasa sungguh seronok kerana kerja keras saya dihargai, dan saya bersedia untuk bermain dengan lebih baik di masa depan. Saya berjaya meningkatkan kebolehan saya sebagai pemain dari segi fizikal dan mental sepanjang saya berada di kelab ini,” tambahnya lagi.

Ketua eksekutif Bournemouth, Neill Blake percaya Wilson masih mampu menyumbang lebih banyak kepada Bournemouth. Dia sudah bermain 115 penampilan, dan menjaringkan 43 gol setakat ini.

“Callum merupakan penyerang semulajadi, dan telah membuktikannya kebolehannya bermain di peringkat tertinggi selama tiga musim yang lepas. Kontrak baru ini memang berhak untuknya,” jelas Blake.

“Kebolehannya dia untuk memberikan aksi terbaik selepas mengharungi kecederaan yang teruk, membuktikan kekuatan mental, keazaman, dan dedikasinya. Dia mempunyai mentality seorang juara, dan merupakan salah seorang pemain yang berpengaruh di dalam bilik persalinan. Oleh itu, saya sangat gembira dia memberikan komitmen kepada kelab, untuk membantu kelab mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” ujar Blake.

Baca Juga: Frank Lampard Makin Hampir Menjadi Pengurus Derby!

Artikel Oleh : Aizat

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 22 times, 1 visits today)

Leave a Reply