Apakah yang lebih indah dari menonton perlawanan akhir Piala Dunia yang menemukan dua pemain terbaik dunia?

Begitulah ramalan pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang meramalkan negara kelahirannya, Portugal akan bertemu Argentina di final pentas bola sepak terulung dunia itu.

Dalam tiga video beliau bersama saluran sukan Rusia, Russia Today (RT) yang mana Mourinho akan menjadi salah seorang pundit di sana sempena Piala Dunia ini, beliau memberi ramalan untuk pasukan-pasukan yang layak ke pusingan kalah mati dalam video pertama.

Kebanyakan ramalan beliau untuk pusingan 16 adalah biasa seperti ramalan lain, begitupun antara yang menarik adalah beliau merasakan bahawa England akan menjuarai Kumpulan G dan bukan Belgium seperti jangkaan ramai.

‘Saya juga perlukan Nemanja (Matic) bercuti. Jadi saya memilih Switzerland (sebagai naib juara Kumpulan E). Maaf Nemanja’.

Video penuh ramalan peringkat kumpulan Mourinho di bawah:

Seterusnya, bagi peringkat kalah mati, Portugal, Sepanyol, Perancis, Argentina, Brazil, Jerman, England dan Belgium adalah pasukan yang dijangka Mourinho akan layak ke suku akhir. Ya, England akan ke suku akhir, itu kata Mourinho.

‘Saya mahukan sebuah pasukan Afrika di suku akhir, tetapi saya tidak boleh’, katanya ketika memilih pemenang antara Belgium dengan Senegal.

Di suku akhir, Portugal ditemukan dengan Perancis.

‘Kami telah menewaskan anda sebelum ini (di final Euro 2016) dan kami akan menewaskan anda sekali lagi’

Maka tinggallah empat pasukan di separuh akhir, iaitu Portugal, Brazil, Argentina dan Jerman.

‘Saya harus memilih Portugal. Final pertama kami di Piala Dunia. Dan Argentina-Jerman, ah, saya tahu apa saya mahukan!’.

Siapakah pilihan juara keseluruhan Piala Dunia 2018? Ini jawapan pengurus The Red Devils:

Artikel oleh: Afiq Shari

Ikuti kami juga di
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Twitter: @LPI_MY
Instagram: @lpi_my

(Visited 218 times, 1 visits today)

Leave a Reply