Credit : Foto: Getty Images

Sejak pasukan-pasukan yang akan berangkat ke Rusia untuk Piala Dunia beberapa hari lagi, pelbagai pemain telah gagal dipilih untuk mewakili negara mereka ke pentas bola sepak paling berprestij di dunia itu.

Memandangkan kita dalam skop Liga Perdana Inggeris, berikut adalah kesebelasan pemain-pemain PL yang tidak dipilih ke Piala Dunia:

Penjaga gol: Joe Hart

Foto: Getty Images

Biarpun beliau seorang penjaga gol paling berpengalaman dalam perancangan awal England, beliau akhirnya tidak disenaraikan dengan Gareth Southgate lebih cenderung memilih Jordan Pickford, Jack Butland dan Nick Pope.

Aksi beliau bersama West Ham secara pinjaman dari Manchester City musim lalu juga tidak begitu meyakinkan, dengan Hart gagal menempatkan dirinya selepas empat kejohanan dari 2010.

Bek kanan: Hector Bellerin

Kita semua tahu betapa ramainya bakat dari Sepanyol yang layak mewakili negara mereka, malah Bellerin juga disifatkan antara bek kanan terbaik.

Begitupun, wonderkid Football Manager, Alvaro Odriozola dipilih sebagai bek kanan kedua kepada Dani Carvajal, melihat pemain Arsenal ini terpaksa menunggu lagi untuk mewakili La Roja di pentas Piala Dunia.

Bek tengah: David Luiz dan Aymeric Laporte

Luiz merupakan centre back yang baik buat Brazil sebelum ini, malah juga pernah memegang lilitan lengan kapten dalam beberapa perlawanan. Namun, akibat tidak beraksi buat Chelsea sejak beberapa bulan lalu, beliau akhirnya tidak dipilih untuk ke Rusia.

Foto: Getty Images

Manakala Laporte, yang boleh beraksi untuk Perancis, masih mempunyai waktu di masa hadapan untuk membuktikan kepada dunia bahawa beliau layak bermain di Piala Dunia.

Bek kiri: Marcos Alonso

Bagaimana pemain seperti beliau tidak ke Piala Dunia? Seperti penulis menyebut sebentar tadi, Sepanyol mempunyai terlalu ramai pemain yang baik, malah Alonso juga bukanlah pemain yang berpengalaman di pentas antarabangsa. Sabar Alonso, waktunya akan tiba satu hari nanti.

Pemain tengah: Cesc Fabregas, Juan Mata dan Ander Herrera

Foto: Getty Images

Fabregas merupakan seorang lagi pemain Chelsea yang tidak dipilih ke Piala Dunia. Dengan prestasi beliau musim ini kurang memberangsangkan, bekas pemenang pada 2010 ini gagal meyakinkan Julen Lopetegui.

Mata dan Herrera, kedua-dua mereka bukanlah pemain regular dalam kesebelasan Manchester United musim ini, bukanlah satu kejutan mereka tidak ke Rusia.

Pemain sayap: Leroy Sane dan Anthony Martial

Foto: Getty Images

Kejutan terbesar dalam skuad Jerman adalah, Leroy Sane tidak dipilih ke skuad akhir mereka.

Walaupun mencipta jumlah jaringan dan bantuan gol yang baik dalam PL musim lalu, itu belum cukup buat Joachim Low untuk menyenaraikan beliau dalam pasukan juara bertahan Piala Dunia itu.

Sementara itu, Martial yang terus bergelut untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama United, juga terpaksa menonton Piala Dunia dari sofa di rumahnya. Spekulasi masa depan beliau juga masih menjadi tanda tanya.

Penyerang: Alvaro Morata

Foto: Getty Images

Di mana kita nak mula? Penyerang ini terus dikritik hebat oleh para peminat. Musim pertama beliau bersama Chelsea tidaklah seperti yang dijangka ramai. Sehinggakan beliau yang mana pada dua tahun lalu merupakan penyerang utama Sepanyol di kejohanan Euro 2016, hari ini beliau tidak dapat memasukkan nama beliau dalam senarai 23 pemain La Roja.

(Visited 50 times, 7 visits today)

Leave a Reply