Penjaga gol Liverpool, Loris Karius sedang menjalani imbasan di Amerika Syarikat kerana dia mungkin mengalami trauma di kepala selepas perlanggaran dengan pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos dalam aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bulan lepas.

Karius membuat dua kesilapan mudah membolehkan Real Madrid menang 3-1 dalam aksi perlawanan akhir tersebut.

Penjaga gol muda ini dihentam Ramos ketika mempertahankan sepakan penjuru sebelum Karim Benzema menjaringkan gol pertama perlawanan hasil kesilapannya.

Karius melakukan satu lagi kesilapan mudah apabila membenarkan rembatan jarak jauh Gareth Bale melepasinya di penghujung perlawanan, menamatkan cabaran Liverpool, tewas 3-1 kepada kelab Sepanyol tersebut.

Walaubagaimanapun, pasukan perubatan Liverpool menyatakan bekas penjaga gol Mainz 05 itu berkemungkinan mengalami gegaran otak selepas pertembungan dengan Ramos di awal separuh masa kedua perlawanan.

Dia dihantar ke Boston atas arahan pasukan perubatan Anfield, untuk berjumpa dengan pakar Dr. Ross Zafonte di hospital awam Massachusetts pada 31 Mei 2018. Zafonte merupakan pakar dalam pemeriksaan ke atas para pemain NFL yang mengalami trauma kepala.

Karius akan berada di California menikmati tempoh bercutinya sebelum kembali melaporkan diri di Liverpool untuk sesi latihan pramusim pada 2 Julai 2018.

Baca Juga: Loris Karius Masih Tidak Tidur Lena!

Artikel Oleh : Aizat

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 56 times, 6 visits today)

Leave a Reply