Jurulatih pasukan kebangsaan Sepanyol, Julian Lopetegui mempertahankan penjaga gol utama Sepanyol, David De Gea apabila dia melakukan kesilapan yang membolehkan Switzerland menjaringkan gol penyamaan semalam.

Sepanyol melayani kunjungan Switzerland di Stadium de la Ceramica, Villarreal dalam aksi pemanas badan sebelum Piala Dunia 2018. Kedua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Sepanyol mendahului perlawanan pada separuh masa pertama, apabila pemain muda Alvaro Odriozola melakukan voli cantik melepasi penjaga gol Switzerland, Yann Sommer.

Switzerland menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 62, apabila David De Gea gagal menampan kemas rembatan lemah Stephan Lichsteiner, sebelum Ricardo Rodriguez menolak bola muntah ke dalam gol dari jarak dekat.

Lopetegui tidak menekankan kepentingan ke atas kesilapan itu, kerana percaya David De Gea mampu untuk kembali fokus dan bermain di tahap sebenarnya. David De Gea hanya melepaskan 3 gol dalam 10 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.

“David mengetahui bahawa dia boleh membantu kami dalam banyak perlawanan, dan saya tidak pernah sangsi tentang perkara ini,” kata Lopetegui.

Sepanyol akan terbang ke kem rasmi Piala Dunia mereka di Krasnodar, sebelum bermain perlawanan pemanas badan terakhir di sana menentang Tunisia. Sepanyol akan memulakan kempen Piala Dunia 2018 menentang juara kejohanan Eropah, Portugal di Sochi pada 15 Jun 2018.

Artikel Oleh : Aizat

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 75 times, 1 visits today)

Leave a Reply