Piala Dunia 2018 semakin hampir, namun siapakah penyerang terbaik yang memakai jersi nombor 9 pernah memeriahkan kejohanan Piala Dunia?

Penyerang-penyerang yang disenaraikan ini merupakan penyerang sejati yang mana kerap mengkucar-kacirkan pertahanan lawan dan menjadi satu benda yang mengerikan bagi penjaga gol lawan.

Siapakah mereka?

1) Gerd Muller (Jerman)

Rekod Piala Dunia: Tempat ketiga (1970) & JUARA (1974)

Momen terbaik: Jaringkan gol kemenangan Piala Dunia di depan penyokong tuan rumah yang merupakan padang kelab beliau sendiri.

Ada beberapa penyerang dalam abad ke-20 yang prolifik seperti Der Bomber. Pendek, berkaki besar dengan titik graviti yang rendah, mereka mempunyai daya pecutan yang bagus memberikan Muller peluang untuk mendominasi jaringan gol di kelab dan pasukan kebangsaan.

Rekod jaringan pemain Jerman ini menyaksikan dia menjaringkan 68 gol dalam hanya 62 penampilan kebangsaan dan dia sangat ganas dalam Piala Dunia edisi 1970 serta 1974.

Pada tahun 1970, Muller meletakkan bola ke gawang lawan sebanyak 10 kali dengan Jerman Barat dilihat hampir pasti melangkah ke perlawanan akhir namun akhirnya dikalahkan dalam pertemuan epik menentang Itali di perlawanan separuh akhir.

Empat tahun kemudian, pemain Bayern Munich itu hanya menjaringkan empat gol di tanah air sendiri, namun dia jaringkan gol pada perlawanan akhir menentang Belanda.

2) Ronaldo (Brazil)

Rekod Piala Dunia: JUARA (2002), Tempat Kedua (1998) dan satu kempen yang buruk (2006)

Momen terbaik: Kembali selepas kecederaan yang hampir meragut karier hingga memenangi trofi pada 2002 dengan turut mendominasi perlawanan akhir. Ronaldo memberi tamparan hebat buat Jerman di Stadium Yokohama.

Segalanya amat gembira jika Ronaldo ada bersama dan karier penyerang Brazil itu adalah sangat menarik dari awal hingga habis. Seorang pemain yang kuat berlari, kekuatan badan bersama kelajuannya untuk mencari gol, menyaksikan dia bersara dengan 62 gol dari 98 penampilan kebangsaan – mungkin boleh jaringkan lebih lagi jika badannya masih bagus.

Ia sangat mengecewakan apabila melihat Brazil gagal di suku akhir Piala Dunia 2006, namun dia jelas diberikan harapan tinggi selepas kempen 1998 dan 2002. Ronaldo adalah pemain terbaik dunia ketika menuju ke perlawanan akhir menentang Perancis pada 1998.

Namun badannya tidak mampu bertindak dengan baik pada masa-masa kritikal.

3) Davor Suker (Croatia)

Rekod Piala Dunia: Suker membawa Croatia kepada Piala Dunia mereka yang pertama dan menggegarkan Perancis. (1998)

Momen terbaik: Walaupun kalah pada separuh akhir, Suker meletakkan Croatia didepan ketika menentang hos dan pilihan utama kejohanan, Perancis.

Setiap kanak-kanak yang membesar pada tahun 90an akan mengenali kehebatan Davor Suker.

Orang yang tidak mengarut namun dengan sentuhan dan bakat yang sangat baik untuk penyerang kecil, bekas pemain Real Madrid ini mampu merosakkan hidup mana-mana pertahanan selama hampir sedekad, yang akhirnya bersara pada 2002 dengan 45 gol serta 69 penampilan.

Penyokong di mana-mana pun akan tertumpu pada buruan gol beliau dan Suker menjaringkan enam gol dalam tujuh perlawanan untuk mendapatkan Kasut Emas, walaupun Croatia tamat di tempat ketiga.

Edisi 2002, menyaksikan beliau tidak cergas disebabkan kecederaan dan dibayangi oleh cara permainan beliau yang lama.

Pada perlawanan separuh akhir 1998, seluruh stadium Stade de France terkedu apabila berjaya mendapatkan bola yang dihantar melepas beberapa pertahanan dan merembat perlahan melepas Fabian Barthez.

4) Roger Milla (Cameroon)

Rekod Piala Dunia: Berada di dalam skuad sejak 1982 dan melihat pasukannya terkeluar pada peringkat kumpulan dengan karier antarabangsa Milla dilihat bakal tamat pada penghujung 80an.

Momen terbaik: Sepanjang kejohanan Piala Dunia 1990.

Ini bukan satu alasan untuk mendapatkan keraian gol terbaik dalam sejarah Piala Dunia, secara jujurnya.

Veteran yang bermain untuk 3 Piala Dunia, Milla berusia 42 tahun selepas dia bermain untuk Cameroon di Amerika Syarikat pada 1994 – seterusnya menjadi penjaring gol paling tua di kejohanan akhir apabila dia menjaringkan gol ke atas Rusia.

Pasukannya mungkin dibantai 6-1, namun pada empat tahun sebelumnya di Itali yang pemain Cameroon itu benar-benar menarik perhatian dunia.

Seperti perkara-perkara lain, mereka semakin bagus apabila semakin tua.

Presiden Cameroon, Paul Biya sendiri menelefon Milla dengan merayu untuk beliau bermain pada Piala Dunia Itali pada 1990, dimana Milla yang ketika itu berusia 38 tahun menyinar dengan hebat.

 

Milla seperti dirasuk, menjaringkan empat gol untuk membawa Cameroon ke suku akhir, termasuk comeback menentang Colombia – dengan keraian di penjuru padang selepas menewaskan Rene Higuita.

Penyokong England juga pasti ingat super-sub ini membangkitkan semangat pasukannya daripada tepi padang dan memaksa England mengalahkan Cameroon melalui masa tambahan.

 

Sumber: The Sun

Penulis: Sofwan Zulkepli

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

 

 

(Visited 190 times, 1 visits today)

Leave a Reply