Ketika Christian Eriksen memandang kepada rakan sepasukannya di Tottenham, Kieran Tripper selepas perlawanan terakhir musim ini dan berkata “Selamat berjaya di Piala Dunia, jumpa anda di perlawanan separuh akhir,”, Eriksen dituduh menyindir negara yang ada liga terbesar dunia itu.

Tetapi pada asasnya memang beliau ada sebab untuk bersikap optimistik terhadap peluang England untuk mara lebih jauh dalam pentas Piala Dunia sejak 2006.

Kenapa beliau kelihatan positif dengan tenaga muda England pada kali ini?

1. Tiada Rasa Kecewa Seperti Senior!

Dalam kegagalan England untuk memenangi perlawanan kalah mati Piala Dunia pada 2006, ramai mencadangkan agar pengurus harus membuang pemain senior dan gantikan dengan pemain muda.

Southgate berkongsi dengan pendapat sama, hanya 5 orang sahaja pemain Piala Dunia 2014 di Brazil saja dibawa kembali, yang menyaksikan England tidak melepasi peringkat kumpulan.

Ada penyokong mengharapkan England menang Rusia, tetapi setelah disingkirkan Iceland pada Euro 2016 dan FA England menyasarkan trofi ini pada 2022, skuad England akan menunjukkan sesuatu pada kejohanan kali ini.

2. Keyakinan Southgate Terhadap DNA England

Southgate menerima pujian kerana pilih pemain sesuai dengan permainan penguasaan bola beliau yang menyerang. Dengan adanya Rashford, Lingard, Sterling dan Walker dalam pasukan, skuad mempunyai kelajuan yang tidak kurang.

Ia kena dengan filosofi FA negara yang terbaru yang dilancarkan pada 2014, yang mana Southgate memainkan peranan besar dalam perkara ini. Ia bukan saja memberitahu cara sebenar bermain namun turut memberikan rasa senang kepada pemain junior untuk mendaki naik ke skuad utama.

Ini adalah sebabnya Southgate tidak risau memanggil pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold, yang paling tidak berpengalaman dalam skuad England dengan tiada sebarang penampilan antarabangsa senior.

Namun begitu, pemain sayap bertahan itu telah bermain selama 32 kali untuk skuad remaja England, jadi tidak sukar bagi Alexander-Arnold memahami ‘DNA England’.

“Salah satu prinsip kami, adalah ‘pandang keatas dan tolak bola kedepan. Kita mahu dominasi perlawanan tetapi tetap positif,” kata Matt Crocker, Ketua Pembangunan Pemain FA England.

3. Pemain Yang Lebih Baik

Southgate mungkin sedikit terkilan kerana hanya boleh memilih 1/3 sahaja pemain dari Premier League, yang kini penuh dengan lambakan pemain asing untuk bermain di liga termahal di Eropah.

Itu juga menjadi satu pengaruh yang membina skuad, 15 daripada 23 pemain yang ada memulakan karier di Liga Kejuaraan atau lebih bawah.

Walau bagaimanapun perjalanan mereka ke Premier League, tidak dinafikan lagi skuad ini mendapat faedah daripada jam latihan yang digandakan melalui Elite Player Performance Plan (EPPP), yang bermula pada 2012 dan mendatangkan kos sebanyak £320m.

Namun, ada jurulatih lain yang bekerja dengan Alli dan Kane percaya pemain senior banyak dapat faedah dari jurulatih berkelas dunia seperti Pep Guardiola dan Antonio Conte.

4. Perjuangan Dari Usia Muda

Pasukan ini mungkin tiada pengalaman dalam kejohanan utama namun kebanyakkan pemain muda kini mempunyai caps yang banyak dari skuad remaja lagi.

Finalis Liga Juara-Juara Eropah dari pasukan Liverpool, Alexander-Arnold dan Jordan Henderson (38 penampilan), dan bagi pasukan jaura Manchester City, Kyle Walker (35 penampilan), John Stones (25 penampilan), Fabien Delph (10 penampilan) dan Raheem Sterling (38 penampilan) yang dicampur antara penampilan senior dan junior.

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford ada 3 penampilan senior tetapi telah bermain 54 kali untuk England sejak pasukan bawah-16 tahun lagi, manakala Loftus-Cheek pula telah membuat 40 penampilan untuk England sejak pasukan remaja.

“Pemain muda cakap di Jerman, mereka akan bermain 10 hingga 15 kejohanan semusim di peringkat kelab,” satu sumber berkata.

Jika ditanya kepada pemain muda ini sama ada mereka pernah melawan Brazil dan Belanda, pasti mereka bercakap mereka pernah beberapa kali. Jadi, ya, mereka sudah ada banyak pengalaman.

Kesimpulan

“Dua tiga kucing berlari, mana nak sama dengan kucing belang, England nampak power harini, esok lusa Piala Dunia mereka menang!”

England merupakan satu pasukan yang paling berbakat dan kini berada di pilihan ke-lima, di belakang Perancis, Brazil, Sepanyol, Jerman dan ini pastilah satu kejutan yang sebenarnya tidak mengejutkan jika mereka termenang Piala Dunia 2018.

Nantikan Piala Dunia Rusia 2018!

 

Baca Juga: Belgium Risau Dengan Kecederaan Vincent Kompany!

Artikel oleh: Sofwan Zulkepli

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 192 times, 1 visits today)

Leave a Reply