Chelsea kini kembali dengan usaha mereka untuk mendapatkan bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique dengan memulakan beberapa perbincangan, mengikut beberapa laporan.

Bekas pemain Barcelona itu kini berada paling hadapan untuk menggantikan pengurus Chelsea terkini, Antonio Conte namun perbincangan antara mereka terbantut selepas Chelsea dilihat memberi perhatian kepada Maurizio Sarri, bekas pengurus Napoli.

Pihak berkenaan di Stamford Bridge dikhabarkan menarik balik perbincangan untuk mendapatkan Sarri disebabkan begitu banyak permintaan yang dikhabarkan tidak munasabah.

Berdasarkan laporan media di Sepanyol, Chelsea kini kembali terbuka untuk berbincang dengan Luis Enrique dan harapan untuk mendapatkan Enrique tampak cerah.

Enrique, yang juga merupakan target Arsenal sebelum permintaan gaji tinggi menidakkan usaha Arsenal, telah menganggur sejak meninggalkan Barcelona musim lalu.

Laporan Sport menjangkakan beliau akan menandatangani tawaran yang diterima beliau dengan secepat mungkin dan ini akan mengikat Enrique sehingga penghujung musim 2021.

Chelsea telah mencari beberapa nama pengurus untuk menggantikan Conte yang masih bekerja di kelab itu. Chelsea telah pun memenangi FA Cup dalam tahun ini di samping kegagalan mereka mempertahankan baju Liga Perdana Inggeris.

Hanya tinggal masa sahaja, Chelsea akan menolak Conte. Conte hanya tinggal 1 tahun dalam kontrak yang bernilai £ 9 juta untuk ditebus. pula telah memenangi 5 trogi termasuk dua kejuaraan La Liga.

 

Baca Juga: Rio risau barisan pertahanan England, Piala Dunia.

Artikel oleh: Sofwan Zulkepli

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

(Visited 94 times, 1 visits today)

Leave a Reply