Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino kini merupakan antara calon utama yang akan menggantikan Zinedine Zidane di Santiago Bernabeu pada musim panas ini.

Pengurus wargangera Argentina itu baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun sehingga musim 2023 untuk kekal bersama skuad utara London itu.

Menurut banyak laporan daripada akhbar di England mahupun Sepanyol, walaupun pengganti Zidane masih lagi merupakan seorang yang menjadi teka teki, namun ramai mengganggap Pochettino adalah calon paling sesuai untuk gantikan Zidane di sana.

Zidane baru sahaja membawa Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dengan jaringan 3-1 di Kiev, baru baru ini.

Semalam, secara mengejut Zidane meletakkan jawatan sehinggakan Florentino Perez juga tersentak kerana mood di kem Real Madrid adalah masih bergembira dengan kejayaan mereka baru-baru ini, sudah tentu tiada sesiapa pun menjangka yang Zinedine Zidane akan meletakkan jawatan secara tiba-tiba.

Pochettino walaubagaimanapun telah menjelaskan yang beliau masih setia dalam prinsip mahu membangunkan kelab yang mempunyai skuad muda ini.

“Komitmen saya untuk Tottenham Hotspurs adalah besar. Saya bekerja di sini seperti saya akan selamanya kekal di sini. Tetapi ya, saya juga sama seperti pemain, saya tidak tahu apa yang akan jadi dalam bolasepak, hari ini anda di sini, keesokan hari anda akan berada di tempat lain,” jelas Pochettino.

Jika Pochettino angkat kaki pada musim panas ini, maka beliau juga tidak berkesempatan untuk mencuba fasiliti stadium baru White Hart Lane yang dijangka dibuka pada musim hadapan dengan kapasiti lebih 60 ribu tempat duduk itu.

Bekas pengurus Espanyol itu juga pernah membawa Tottenham merangkul tempat kedua Liga Perdana Inggeris pada musim 2016-2017 di belakang jiran mereka, Chelsea. Di bawah kendalian beliau, ramai pemain muda berjaya mendapat tempat di dalam skuad kebangsaan seperti Dele Alli, Harry Kane dan Eric Dier.

Baca Juga: Saya Sanggup Bekerja Di Ladang – Pochettino

Artikel oleh: Sofwan Zulkepli

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

 

(Visited 85 times, 1 visits today)

Leave a Reply