Marco Silva adalah salah satu nama yang digembar-gemburkan akan membawa bolasepak menarik ke Goodison Park, akhirnya menandatangani kontrak bersama Everton.

Pengurus berbangsa Portugis itu menandatangani kontrak bernilai £15 juta untuk tempoh 3 tahun, menggantikan Sam Allardyce yang disingkirkan pada penghujung musim lalu.

Silva merupakan pilihan utama Farhad Moshiri, yang merupakan pemegang saham paling utama di Everton selepas Ronald Koeman dipecat, namun Watford enggan melepaskan pengurus mereka itu kepada Everton pada Oktober lalu.

Everton masih lagi dalam proses perbincangan dengan Watford mengenai pampasan – Silva sudah tidak bekerja sejak dipecat Januari lalu – namun perbincangan itu tidak mengganggu pengurus berusia 40 tahun itu mengambil posisi di Merseyside kerana dia tahu Everton merupakan tempat sesuai buatnya.

Tempoh rejim Allardyce yang berakhir dengan tidak baik setelah penyokong sangat tidak gemarkan cara permainan Allardyce terhadap pasukan. Silva bagaimanapun berjanji, dia hadir untuk memberi ubat kepada taktik.

“Saya tahu apa penyokong kita mahukan – mereka jangkakan keputusan baik tapi tidak hanya keputusan,” kata Silva. “Saya mahu penyokong berbangga bila mereka masuk ke dalam padang menonton permainan pasukan kita. Saya mahu mereka rasa kita komited, kita bekerja keras dan seronok bermain bolasepak kerana ini juga penting,” tambah bekas pengurus Watford itu.

Silva berkata dia mahu membina satu hubungan kuat antara skuad dan penyokong dengan memastikan akhlak kita baik dan memberi komitmen, sambil tunjukkan cara permainan. Everton adalah kelab bercita-cita besar dan ini yang dia mahukan.

“Kelab telah berubah cara mereka mendekati sesuatu perkara. Namun, ada satu perkara yang tidak boleh diubah, dan sesiapapun tidak boleh mengubah sejarah dan cita-cita kelab. Semua orang tahu sejarah Everton, jadi saya hanya ada satu pilihan – iaitu untuk mencari kemenangan!”

Selain Silva yang mengisi kerusi pengurus kelab, Marcel Brands juga tiba dan rasmi memulakan tugas sebagai pengarah bolasepak kelab pada hari ini, yang akan memberikan penambaikan yang besar buat kelab.

Brands menandatangani kontrak bernilai £2 juta, kini kelihatan tidak sabar untuk memulakan tugas bersama bekas pengurus Hull City itu.

Sumber: Daily Mail

Baca Juga: Ego Marco Silva!

Artikel oleh: Sofwan Zulkepli

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

 

 

(Visited 19 times, 1 visits today)

Leave a Reply