Juara Liga Perdana Inggeris 2017/2018, Manchester City akan turun ke perlawanan terakhir liga musim ini dengan keinginan menamatkan liga dengan rekod mata tertinggi dalam sejarah PL iaitu sebanyak 100 mata. Mereka akan pergi ke selatan England bersedia menewaskan kelab tangga ke 17 liga iaitu Southampton.

Southampton secara teknikal sudah selamat kedudukan sebagai kelab Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan. Walau bagaimanapun mereka tidak boleh mendabik dada dan harus bermain bersungguh-sungguh memastikan tiada rekod baru dapat dicipta oleh Manchester City. Mereka hanya boleh tersingkir ke liga bawahan jika kalah, dan Swansea City menang besar dengan jaringan 10 gol dan ke atas.

Southampton

Mark Hughes, merupakan bekas pengurus Manchester City dari tahun 2008 – 2009 menginginkan focus yang tinggi dari anak-anak buahnya, “Saya mahu menamatkan musim ini dengan persembahan yang bagus, dan lebih baik jika kami memenangi perlawanan ini.”

“Saya hadir ke sesi latihan tidak mahu lihat sesiapa pun yang hilang fokus. Kami masih belum pasti selamat, dan kami ada tugasan yang perlu dihabiskan. Kami perlu sangat fokus,” tambahnya lagi.

Southampton, yang naik divisyen ke Liga Perdana Inggeris pada musim 2012/2013 berazam mahu mencatatkan kemenangan ketiga dari enam perlawanan di tempat sendiri menentang kelab Manchester itu.

Southampton berharap Mario Lemina sempat kembali dari kecederaan hamstring, manakala pemain pertahanan Jan Bednarek diketepikan kerana mengalami perlanggaran kepala semasa kemenangan 1 – 0 ke atas Swansea City pada Rabu lepas.

Rekod Southampton lwn Manchester City (Stadium St Mary)
2016/2017: Southampton (0) – (3) Manchester City
2015/2016: Southampton (4) – (2) Manchester City
2014/2015: Southampton (0) – (3) Manchester City
2013/2014: Southampton (1) – (1) Manchester City
2012/2013: Southampton (3) – (1) Manchester City

Lima perlawanan terakhir Southampton: LDWDW

Manchester City

Selain memburu rekod mata tertinggi sebagai juara Liga Perdana Inggeris (100 mata), Manchester City juga memburu rekod kemenangan terbanyak di tempat lawan iaitu 16, dan juga mata terbanyak iaitu 50 mata.

Ada kemungkinan Manchester City akan menurunkan pasukan kedua bagi memberi rehat sebaiknya untuk pemain-pemain seperti David Silva, Leroy Sane, dan Fernandinho yang mungkin akan dipanggil menyertai skuad negara untuk ke Piala Dunia 2018.

Sergio Aguero masih lagi diketepikan kerana kecederaan lutut.

Lima perlawanan terakhir Manchester City: WWWDW

Artikel Oleh : Aizat

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 28 times, 1 visits today)

Leave a Reply