Chelsea bakal berkunjung ke St. James Park untuk perlawanan terakhir Premier League menentang tuan rumah, Newcastle United dan merupakan peluang terakhir mereka untuk melyakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Namun prestasi semasa Newcastle akan menjadi tonik terbaik untuk pasukan bimbingan Rafel Benitez itu untuk mereka menghalang Chelsea merebut tempat keempat liga dan menumbangkan bekas kelab yang pernah dibimbing Benitez suatu ketika dahulu.

Bagi pasukan Chelsea pula yang dipisahkan hanya dua mata dengan Livepool yang menghuni tempat keempat, sudah tentu mahu menewaskan Newcastle sementara mengharapkan Liverpool akan tewas atau sekurang-kurangnya seri untuk memberi kelebihan kepada Chelsea untuk layak ke liga juara-juara eropah.

Walaupun The Blues sudah mengesahkan slot untuk ke Liga Europa, namun mereka tetap mahu mengejar slot ke liga juara-juara selepas mengharungi musim yang suram tanpa sebarang kejayan musim ini dan  berharap untuk menewaskan Manchester United dalam aksi final Piala FA.

Perlawanan menentang Newcastle ini juga dikatakan akan menjadi perlawanan PL terakhir Antonio Conte yang dijangka akan meninggalkan Chelsea sejurus  tamat baki saingan musim ini.

Fakta Perlawanan

Newcastle tidak tewas dalam dalam empat pertemuan terakhir mereka dalam saingan PL ditempat sendiri dan telah menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol dalam setiap perlawanan itu (M3 S1).

Walaubagaimanapun, Chelsea pula tidak tewas dalam empat perlawanan terakhir dalam saingan PL ketika menentang Newcastle (M3 S1), dan menjaringkan 12 gol dalam tempoh itu.

Hanya dua pasukan yang telah menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol dalam lima perlawanan berturut-turut dilaman sendiri ketika menentang Chelsea iaitu Liverpool (6 antara tahun 1992 dan 1997) dan Leicester (5 antara 1998 dan 2002.

Rafael Benitez setakat ini belum pernah menewaskan bekas pasukan yang pernah dibimbingnya dengan merekodkan tiga keputusan seri dan kalah sekali ketika menentang Liverpool, dan tewas menentang Chelsea dalam perlawanan liga sebelum ini (1-3).

Olivier Giroud telah menjaringkan lapan gol dari sembilan penampilan dalam liga ketika menentang Newcastle, lebih dari mana-mana pemain.

Berita Pasukan

Newcastle akan turun tanpa kelibat Ciaran Clark dan Christian Atsu yang mengalami kecederaan lutut dan Islam Slimani yang akan mengharungi perlawanan terakhir pengantungannya.

Tiada laporan kecederaan yang terbaru melanda skuad Newcastle dan dijangka Newcastle akan menurunkan skuad terbaik untuk menentang Chelsea pada Ahad.

Perkara positif untuk pasukan Chesea ialah Thibaut Courtois dilihat sudah kembali pulih selepas kecederaan belakang yang dialaminya dan dijangka akan diturunkan dalam perlawanan menentang Newcastle.

Artikel Oleh: Hadi

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram: @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 85 times, 1 visits today)

Leave a Reply