Manchester United telah mengesahkan kedudukan sebagai naib juara PL selepas mengutip 78 mata setakat ini 19 mata dipisahkan juara dari jiran setempat mereka Manchester City. Walaupun sudah mengesahkan tempat ke slot Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan, perlawanan yang hanya menjadi pelengkap jadual ini bakal memberi peluang buat bakat muda untuk diturunkan.

Berkunjung ke Old Trafford dengan rekod yang kurang memberangsangkan selepas hanya mencatat 1 kemenangan daripada 6 perlawanan terakhir pastinya menjadi tugas sukar buat The Hornets untuk mencuri sebarang mata daripada Manchester United.

Rekod Pertemuan

Manchester United telah memenangi 13 daripada 14 pertemuan dalam semua kejohanan menentang Watford, tewas hanya sekali di Vicarage Road pada September 2016 (1-3).

Watford gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 10 lawatan ke Old Trafford (S2 K8), mencatat kekalahan dalam 6 perlawanan terakhir berturut-turut.

Fakta Perlawanan

Ini merupakan kali pertama Watford menamatkan saingan liga dalam kedudukan terbaik dalam kempen liga jauh dari halaman sendiri sejak 1987-88, apabila mereka tewas 2-1 di Luton Town.

The Red Devils telah mencatat lebih banyak kemenangan dalam perlawanan terakhir kempen PL berbanding pasukan lain (17), hanya tewas ketika menentang Spurs pada 2000-01 dan West Ham pada 2006-07.

Dalam masa yang sama, kekalahan kepada West Ham itu hanya satu-satunya perlawanan Manchester United tewas dalam 23 perlawanan terakhir berturut-turut mereka dalam saingan liga teratas sebagai tuan rumah (M17 S5). Sebelum itu, kekalahan terakhir mereka ketika menentang Sunderland 1967-68.

The Hornets gagal menjaringkan sebarang gol dalam 8 perlawanan terakhir sebagai pasukan pelawat dalam semua kejohanan, sejak gol Andre Gray di Stadium Etihad pada 2 Januari. Hanya sekali dalam sejarah pasukan mereka merekodkan rentetan terpanjang tanpa sebarang gol sebagai pasukan pelawat (10 di antara April hingga September 1972).

Ini merupakan perlawanan PL ke-500 buat Manchester United di Old Trafford – gelanggang di mana telah memperlihatkan lebih banyak gol berbanding kejohanan lain (1406).

Jose Mourinho hanya tewas pada perlawanan penutup PL ketika bersama Chelsea menentang Newcastle pada musim 2005-06 (M3 S2 selebihnya).

Alexis Sanchez telah terlibat dalam 6 gol dalam 4 penampilan PL menentang Watford (3 gol, 3 assist).

Troy Deeney telah menjaringkan 3 gol PL menentang Manchester United, kesemuanya hadir daripada sepakan penalty. Hanya Steven Gerrard (4) telah menjaringkan lebih banyak gol dari sepakan penalti menentang The Red Devils dalam kejohanan ini.

Berita Pasukan

Pemain tengah Manchester United Michael Carrick akan mengetuai kesebelasan utama sebagai kapten dalam perlawanan terakhir liga bersama pasukan.

Pengurus Jose Mourinho telah mengesahkan bahawa Anthony Martial, Marcus Rashford dan Sergio Romero akan tersenarai dalam kesebelasan utama.

Romelu Lukaku kekal diketepikan dengan masalah kecederaan pergelangan kaki, manakala Maraoune Fellaini diragui kerana masalah kecederaan otot.

Pemain tengah Nathaniel Chalobah bakal turun untuk penampilan pertamanya bersama Watford sejak September selepas pulih daripada kecederaan tempurung lutut.

Kiko Femenia, Miguel Britos dan Andre Carrillo diragui susulan kecederaan yang tidak dapat dikenal pasti, manakala Etienne Capoue dikecualikan kerana isu peribadi.

Artikel Oleh : Hakim Zainal

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 33 times, 1 visits today)

Leave a Reply