Skuad kendalian Jurgen Klopp hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk menempatkan diri dalam kancah kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Dengan pencabar utama mereka, Chelsea, sekadar mencatatkan keputusan seri satu sama dengan Huddersfield sekaligus mengekalkan status mereka sebagai pasukan Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Liverpool

Untuk mengesahkan penyertaan Liverpool pada Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan, mereka harus berdepan dengan Brighton Hove and Albion.

Pada Disember tahun lalu, Liverpool telah mengalahkan Brighton 5-1 di Amex Stadium yang menyaksikan Roberto Firmino menjaringkan 2 gol ketika itu.

Berita Pasukan

Liverpool mempunyai beberapa masalah kecederaan, Joel Matip, Alex Oxlade Chamberlain dan Emre Can antara nama yang mengisi senarai kecederaan masa panjang buat Liverpool.

Yang terbaru Sadio Mane terpaksa direhatkan akibat sedikit kecederaan dan diletakkan dalam senarai perhatian khusus.

Adam Lallana yang sudah kembali menjalani latihan penuh minggu lalu dijangka diturunkan pada perlawanan ini untuk persediaan buatnya pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2 minggu lagi.

Brighton Hove and Albion

Brighton telah mengesahkan status mereka sebagai pasukan dalam Liga Perdana Inggeris untuk musim hadapan setelah menewaskan Manchester United minggu lalu.

Buat Brighton, tiada sebarang tekanan buat mereka dalam perlawanan kali ini, jika kalah, mengekalkan status pasukan Liga Perdana Inggeris, jika menang pula mereka bakal menamatkan rekod Liverpool yang menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas di stadium mereka sendiri pada musim ini.

Berita Pasukan

Brighton bebas daripada sebarang kecederaan baru.

Hanya Izzy Brown (kecederaan lutut) dan Steve Sidwell(kecederaan belakang) masih belum pulih sejak pertengahan musim lalu.

Fakta pertembungan

Liverpool telah memenangi 5 daripada 6 pertembungan terakhir, dan berjaya menjaringkan 22 gol menentang Brighton dalam tempoh tersebut.

Kali terakhir Brighton menang di Anfield adalah pada pertembungan Piala Fa pada tahun 1983, dimana keputusan tersebut memihak kepada Brighton dengan jaringan 2-1.

Liverpool mencatatkan 21 perlawanan tanpa kalah di lawan sendiri ketika menentang pasukan yang baru di naikkan ke Liga Perdana Inggeris, kali terakhir Liverpool tewas kepada Blackpool pada musim 2010-11.

Brighton merupakan pasukan dengan jaringan tersikit ketika berkunjung ke tempat lawan musim ini, mereka hanya berjaya menjaringkan 10 gol, sama seperti pasukan yang sudah tersingkir ke Liga Kejuaraan iaitu West Bromwich Albion.

Lewis Dunk telah menjaringkan gol sendiri dalam 2 perlawanan terakhirnya menentang Liverpool satu ketika tewas 1-6 kepada Liverpool dalam Piala Fa 2012 dan satu lagi pada perlawanan disember lalu.

Mohamed Salah memerlukan satu gol sahaj lahi bagi memecahkan rekod jaringan terbanyak buat semusim dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi buat masa ini, pemain Mesir tersebut telah gagal menjaringkan gol dalam 2 perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Persoalannya mampukah Liverpool menewaskan Brighton atau sekurang-kurangnya seri? Sama-sama kita nantikan.

Artikel Oleh : A. Mashud

Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 138 times, 1 visits today)

Leave a Reply