Credit : Arsenal's Mesut Ozil, left, and Huddersfield Town's Jonathan Hogg battle for the ball during the English Premier League match at the Emirates Stadium, London, Wednesday Nov. 29, 2017. (Nigel French/PA via AP)

Seri menentang Chelsea 1-1 sekaligus menjamin Terriers kekal di Premier League musim depan adalah simbolik kepada persembahan yang Huddersfield telah tunjukkan pada musim ini. Kekal di Premier League bermaksud Wagner kini mempunyai asas yang kukuh untuk dibina daripada tidak dibida pemainnya oleh Kelab lain semasa jadual perpindahan musim panas nanti.

Dengan perlawanan tiga terakhir Huddersfield menentang Manchester City, Chelsea dan Arsenal ramai menjangkakan Terriers tidak ada peluang untuk mengutip sebarang mata, tetapi dengan gaya tipikal Wagner, dia telah menghasilkan magis pada detik-detik penting untuk terus berjuang di Premier League buat musim kedua berturu-turut.

Minggu lepas telah menjadi simbolik bagi Wenger, lepas beberapa tahun berkhidmat aksi menyerang yang dipaparkanya agak cemerlang, hanya dirosakkan oleh aksi pertahanan yang lemah sekaligus sekali lagi hampa di stadium pihak lawan tahun ini.

Persembahan di stadium lawan menunjukkan secara tepat mengapa begitu ramai peminat Arsenal agak resah sepanjang kepimpinan Wenger musim ini, tetapi perpecahan dikalangan peminat itu akan diketepikan untuk perlawanan terakhir liga ini bagi bersama-sama memberikan pengurus lagenda itu ucapan selamat tinggal tanpa mengira apapun keputusan perlawanan nanti.

Fakta Perlawanan

Terriers hanya menang 1 daripada 12 pertemuan mereka menentang Gunners di ‘Home’, tetapi Wagner akan berusaha untuk melebarkan rekod itu buat pertama kalinya di Huddersfield sejak tahun 1971.

Gunners tanpa kalah dalam 9 pertemuan mereka dengan Huddersfield dalam semua pertandingan (W7 D2), malah memenangi pertemuan sebelum ini dengan jaringan 5-0 dalam kejohanan Piala Liga pada tahun 1993.

Dalam pertemuan liga antara mereka sebelum ini menyaksikan kemenangan selesa buat Gunners dengan jaringan 5-0 di Stadium Emirates dengan Giroud dan Sanchez antara penjaring gol tersebut.

Prestasi Semasa

Huddersfield

Huddersfield mempunyai tabiat mencuri mata daripada pasukan besar musim ini selepas menewaskan Manchester United pada bulan Oktober lepas, juga seri dengan Manchester City dan Chelsea sebelum ini.

Huddersfield kekal di Premier League musim depan selepas berjaya menahan asakan Chelsea dan bertahan dengan kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan di Stamford Bridge dalam perlawanan sebelum ini.

Arsenal

Arsenal hadir ke perlawanan ini tanpa sebarang mata dikutip dalam perlawanan ‘away’ tahun ini di liga. Malah mereka sudah dijamin tempat keenam tidak kira apa keputusan perlawanan itu.

Skuad Arsene Wenger kalah perlawanan liga yang lepas dengan jaringan 3-1 menentang Leicester City, dengan penyerang mereka Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol sagu hati.

Perlawanan ini juga menandakan penghujung jalan untuk Wenger di Arsenal selepas 22 tahun berkhidmat untuk kelab tersebut.

Berita Pasukan

Huddersfield

Pengurus Huddersfield David Wagner akan memilih dari skuad tidak berubah untuk pasukannya menentang Arsenal di tempat sendiri,kerana tidak mempunyai kecederaan baru.

Tom Ince berharap untuk bermain selepas pulih daripada kecederaan hamstring, manakala Michael Hefele (lutut), Elias Kachunga dan Danny Williams (kedua-dua buku lali) terus diketepikan.

Skuad jangkaan menentang Arsenal :

Lossl, Kongolo, Schindler, Jorgensen, Hadergjonaj, Hogg, Mooy, Van La Parra, Pritchard, Ince, Quaner, Mounie, Malone, Depoitre, Billing, Coleman, Lowe, Smith.

Arsenal

Arsenal akan tanpa Konstantinos Mavropanos yang digantung untuk perlawanan terakhir Arsene Wenger sebagai pengurus apabila Gunners ke Huddersfield.

Pemain pertahanan muda itu dilayangkan kad merah dalam kekalahan 3-1 rabu lalu di Leicester setelah bermain dalam 3 perlawanan liga yang lepas.

Mesut Ozil (belakang), Mohamed Elneny (pergelangan kaki), Laurent Koscielny dan Santi Cazorla (kedua-duanya Achilles) juga diketepikan tetapi Alexandre Lacazette dan Jack Wilshere kembali selepas tidak bermain dalam perlawanan yang lepas.

Skuad Jangkaan menentang Huddersfield:

Cech, Ospina, Bellerin, Holding, Mustafi, Chambers, Mertesacker, Monreal, Nelson, Kolasinac, Maitland-Niles, Xhaka, Willock, Wilshere, Ramsey, Iwobi, Mkhitaryan, Welbeck, Lacazette, Nketiah, Aubameyang.

Artikel Oleh: S.A

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram: @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 41 times, 1 visits today)

Leave a Reply