Karier Pengurusan Frank Lampard Akan Bermula Musim Panas Nanti!

Frank Lampard memberitahu yang dia akan dibenarkan untuk memulakan karier sebagai pengurus dalam beberapa bulan sahaja lagi!

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Chelsea itu telah mengambil lesen kejurulatihan beliau dan secara signifikan telah lebih banyak mengambil bahagian dalam kelab untuk membantu dalam pembelajaran beliau baru baru ini.

Beliau dilihat membantu mengendalikan satu sesi latihan di bawah jurulatih bawah-18 Chelsea, Jody Morris di Cobham bersama skuad remaja mereka.

Frank Lampard sedang mengendalikan sesi latihan skuad bawah-18 Chelsea.

Frank Lampard secara peribadi mengatakan dulu yang dia memang sangat berminat untuk mengendalikan Chelsea pada satu hari, namun sekarang beliau sedang fokus untuk mendapatkan kelayakan beliau yang sebenar. Bekas pemain yang berusia 39 tahun ini tidak dibenarkan untuk mengendalikan pasukan yang bertanding di kejohanan Eropah sekurang-kurangnya setahun lagi.

Bekas pemain kebangsaan England itu memberitahu Standard Sport: “Pembelajaran lesen A saya akan tamat pada penghujung April nanti, dalam sebulan dua lagi. Itu akan memberikan saya peluang untuk bekerja,”

“Namun lesen Pro hanya akan bermula musim panas nanti – ini lesen yang diperlukan untuk menjadi pengurus pasukan yang bermain di Liga Juara-Juara Eropah dan ini akan mengambil lebih kurang setahun,” tambah Lampard.

“Saya boleh dapatkan kerja tetapi saya tak boleh mengendalikan pasukan yang bermain di kejohanan Eropah. Jika peluang yang betul datang, saya menilai dan pertimbangkan,”

Lampard ditawarkan untuk menjadi pengurus Oxford United, musim panas lalu, tetapi menafikan laporan terbaru yang mengaitkan beliau dengan kelab League One itu lagi.

Oxford United masih tidak ada pengurus yang baru dan bekas penyerang Manchester City, Craig Bellamy dilihat menjadi orang terbaru yang menolak untuk menguruskan kelab tersebut.

Craig Bellamy menolak untuk menjadi pengurus Oxford United.

Lampard juga menegaskan dia tidak tergesa-gesa dan menambah:”Saya ada bercakap dengan Dave Jones, yang merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Oxford United, tentang jawatan tersebut tetapi itu hanya perbualan biasa, dan tidak serius,”

​Sementara itu, pasukan bawah-18 Chelsea telah melangkah ke separuh akhir Piala Belia FA buat kali ke-9 berturut-turut dengan kemenangan besar 6-0 keatas Fulham, bulan lalu.

Skuad Morris tersebut, yang masih belum bolos sebarang gol dalam pertandingan ini, menjaringkan kesemua enam gol pada separuh masa kedua melalui gol sendiri Jadyn Mundle-Smith, Callum Hudson-Odoi, Dujon Sterling dan hatrik dari pemain gantian Martell Taylor-Crossdale.

Skuad belia Chelsea, meraikan kejuaraan mereka musim lalu.

Chelsea telah memenangi pertandingan itu sejak empat musim yang lepas dan akan bertemu dengan skuad bawah-18 Birmigham City dalam dua perlawanan separuh akhir.

Artikel oleh: Sofwan Zulkepli

Ikuti kami juga di:

Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram: @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

Baca Juga: 5 Penyerang Yang Gagal Menggantikan Drogba di Chelsea!

Sumber: Standard

(Visited 737 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Scroll Up