Tottenham Hotspur mungkin akan mengalami detik yang sukar apabila terpaksa melepaskan bintang mereka, Son Heung-Min kepada Korea Selatan untuk menjalani kem ketenteraan di sana.

Hal ini kerana negaranya itu telah mewajibkan kesemua lelaki yang berusia dari 18 sehingga 35 tahun untuk berkhidmat bersama pasukan tentera sejak tahun 1957 lagi.

Kebiasaannya hanya mereka yang mengalami kecacatan atau kekurangan dari segi mental akan dikecualikan. Oleh itu, penyokong Spurs tidak perlu risau kerana Korea Selatan akan bersaing di Sukan Asia dalam sukan bola sepak pada tahun ini. Sekiranya mereka menjuarai pertandingan tersebut, kesemua pemain yang terlibat akan terlepas untuk menjalani kem pasukan tentera itu.

Kejohanan itu akan berlangsung pada Ogos sehingga bulan September ini, yang bermakna Son akan terlepas beberapa perlawanan pertama di EPL jika beliau mahu meneruskan misi beliau untuk dikecualikan daripada menyertai kem tentera negaranya.

Son begitu kecewa dengan persembahan Korea Selatan dalam kempen Piala Dunia 2014 di Brazil.

Korea Selatan juga akan bertanding dalam Piala Dunia 2018, dengan Sweden, Mexico dan Jerman di dalam kumpulan mereka. Pemain Korea Selatan juga sedar mereka perlu mempamerkan keajaiban jika benar-benar mahu melepasi ke peringkat kalah mati. Dengan cara itu juga kesemua bintang-bintang Korea Selatan dikecualikan daripada menyertai kem tentera negara mereka.

Park Ji Sung yang sangat dihormati di England dan juga negaranya juga dikecualikan daripada menyertai kem tentera negara pada masa dahulu kerana teman sepasukannya Ahn Jung Hwan, yang menjaringkan gol kemenangan yang cantik menentang Itali pada peringkat kalah mati. Dengan itu, satu pasukan dikecualikan daripada menyertai kem negara mereka.

Dengan sejarah Park Ji Sung yang menakjubkan di Liga Perdana Inggeris dan negaranya sendiri, Son mestilah membuktikan bahawa dirinya juga boleh berjasa terhadap pasukan Korea Selatan di atas padang seiring dengan bakatnya yang kita sering lihat bersama Tottenham.

Son telah menjaringkan 18 gol dalam kesemua perlawanan pada musim ini, sementara dia juga telah mengumpul sebanyak 61 penampilan untuk tanah airnya dengan 20 gol telah disumbat secara keseluruhannya.

Pemain sayap itu adalah pemain harapan kedua Spurs selain daripada Harry Kane pada musim ini. Pengurusnya, Mauricio Pochettino begitu yakin bahawa beliau boleh merasai kejayaan di pentas antarabangsa jika dapat beraksi dengan baik secara konsisten.

Artikel oleh : Amalina Razak

Baca juga: Henderson Kapten England di Piala Dunia?

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram: @LPI_MY
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

(Visited 561 times, 1 visits today)

Leave a Reply